Nama : Siti Nursuhaidah Binti Abdul Wahab

Umur  : 33 tahun

Ahli     : 2015

 

Latar belakang

Saya merupakan usahawan pelitup muka atau facemask yang di perbuat daripada kain yang berkualiti. Bermula daripada pandemik Covid-19, saya mula memulakan perniagaan ini kerana permintaan yang tinggi. Saya juga anak jati Felda Soeharto, dan di kawasan ini sangat memerlukan pelitup muka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, saya hanya tahu menjual dengan hebahan mulut adan aplikasi WhatsApp sahaja. Pendapatan saya tidak sebanyak mana kerana jualan yang tidak meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Soeharto, saya mengetahui lebih banyak platform jualan untuk mengembangkan lagi hasil tangan saya. Di Pusat Internet juga saya dapat mencari ilmu pembuatan yang betul dan kreatif dengan tontonan video dengan tiada gangguan internet.

 

130120211130120212