Nama : Muhammad Syafiq bin Hanippudin

Umur  : 33 tahun

Ahli     : 2015

 

Latar belakang

Saya merupakan usahawan brooch dan mask extender. Bermula daripada pandemik Covid-19, saya mula memulakan perniagaan ini kerana permintaan yang tinggi. Saya juga anak jati Felda Soeharto.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT, saya hanya tahu menjual dengan hebahan mulut adan aplikasi Whats App sahaja. Pendapatan saya tidak sebanyak mana kerana jualan yang tidak meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Soeharto, saya mengetahui lebih banyak platform jualan untuk mengembangkan lagi hasil tangan saya. Di Pusat Internet juga saya dapat mencari ilmu pembuatan yang betul dan kreatif dengan tontonan video dengan tiada gangguan internet.