Nama : Maizurah Binti Mat Rahim

Umur  : 35 tahun

Ahli     : 2014

 

Latar belakang

Puan Maizurah merupakan usahawan Chococrispy yang menetap di Felda Soeharto. Memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sejak tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau ada menimba ilmu dalam dunia perniagaan secara tak formal. Oleh itu, menjadi sedikit kekangan kepadanya untuk mempromosikan chococrispy dengan meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Soeharto, ilmu perniagaannya semakin meningkat khususnya cara berkomunikasi dalam mempromosikan Chococrispy. Ada kalanya, beliau juga turut serta dalam kelas asas perniagaan untuk mengetahui teknik ayat berkesan dalam menarik minat orang dalam perniagaan.

Maizurah

Nama : Siti Haida Binti Kasim

Umur  : 46 tahun

Ahli     : 2017

 

Latar belakang

Puan Haida merupakan usahawan wakil pengedar sah Vitamin C dan merupakan anak jati Felda Soeharto. Tamat sahaja persekolahan tingkatan 5, beliau terus berjinak-jinak dalam perniagaan kecil-kecilan sehingga kini. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan perniagaannya. Malahan, hanya berniaga secara hebahan mulut sahaja. Pendapatan tidak banyak dan pemasaran tidak meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Soeharto, Puan Haida lebih tahu untuk menguruskan dan mengembangkan perniagaannya. Rupannya banyak platform pemasaran online yang lebih mudah dan senang untuk menambah pendapatan usahawan, ujarnya. 

haida 2

Nama : Norhayati Binti Suri

Umur  : 54 tahun

Ahli     : 2014

 

Latar belakang

Puan Hayati merupakan anak jati Felda Soeharto. Tamat sahaja persekolahan tingkatan 5, beliau terus berjinak-jinak dalam perniagaan kecil-kecilan dengan menjahit. Hingga kini masih aktif menjahit untuk menyara hidup tambahan ia memang minat dari dulu lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Hayati tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan perniagaannya. Malahan, hanya mengharapkan dari mulut ke mulut sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Soeharto, beliau lebih tahu untuk menguruskan dan mengembangkan perniagaannya. Dengan teknik perniagaan yang betul, rupanya mampu membuatkan perniagaannya lebih di kenali.

hayati

 

Nama : Megat Adam Naufal Bin

             Megat Mansor

Umur  : 10 tahun

Ahli     : 2019

 

Latar belakang

Megat Adam masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Soeharto dan sekarang darjah 5.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, Adam tidak faham dalam penggunaan komputer dan masih tercari-cari di manakah dan bagaimana untuknya mengetahui ilmu komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penggunaan ICT Adam sedikit mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan kerja sekolahnya dapat disiapkan dengan mencari maklumat di internet. Tambahan kini kerja sekolah banyak yang memerlukan rujukan di internet. Adam juga sering menggunakan kemudahan di pusat Internet dan mengikuti kelas-kelas komputer yang disediakan di Pusat Internet.

Nama : Nurul Husna Bt Yusof

Umur  : 11 tahun

Ahli     : 2018

 

Latar belakang

Adik Husna bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Soeharto dan sekarang masih di darjah 5. Merupakan anak jati kelahiran Felda Soeharto seperti ibu dan bapanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, adik Husna tidak faham dalam penggunaan komputer dan masih tercari-cari di manakah dan bagaimana untuk beliau mengetahui ilmu komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT Husna sedikit mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan kerja sekolahnya dapat disiapkan dengan mencari maklumat di internet. Tambahan kini kerja sekolah banyak yang memerlukan rujukan di internet.

Husna