Nama : Muhammad Irfan Bin Mohd Pouzi

Umur  : 12 tahun

Ahli     : 2014

 

Latar Belakang

Muhammad Irfan adalah pelajar sekolah rendah di SK Kampong Soeharto.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer kerana hanya mengetahui asas-asas dalam penggunaan komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT beliau dapat mempelajari penggunaan Microsoft Office dengan lebih mahir. Irfan juga banyak mengikuti kelas dan program ICT di Pusat Internet dan ianya sangat seronok. Selain mengisi masa lapang, beliau merasakan dapat belajar banyak perkara baru dalam bidang ICT.

 

Nama : Azlina Binti Abdullah

Umur  : 41 Tahun

Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Puan Azlina menjual roti John Viral sejak 2016. 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, beliau langsung tidak tahu cara untuk mempromosi di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah penggunaan ICT Puan Azlina dapat mempromosi produknya dengan meluas dan begitu mudah. Beliau juga dapat mencipta flyers dan ada kad perniagaan sendiri selepas belajar kemahiran komputer di pusat internet Felda Soeharto.

azlina 1  azlina

MENGIKUTI KELAS KOMPUTER

Nama : Muhammad Farid Bin Mohamad                     Aziz

Umur  : 19 tahun

Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Muhammad Farid merupakan pelajar baru di Pusat Internet Felda Soeharto yang telah mengikuti kelas anjuran Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Farid jarang menggunakan komputer membuatkan beliau kurang mahir dalam kepenggunaan komputer dan ICT di tambah pada zaman teknologi ini yang memerlukan kemahiran ini di dalam pembelajaran mahupun pekerjaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas melibatkan diri dengan penggunaan ICT di Pusat Internet, Farid semakin mahir dan tidak kekok untuk menggunakan komputer dalam melakukan tugasan pembelajaran. Kemahiran Microsoft Office dan Photoshop semakin baik biarpun latihan masih perlu dilakukan sehingga kini.

Nama : Hamidah binti Shariat

Umur  : 57 Tahun

Ahli     : 2015

 

Latar Belakang

Puan Hamidah mengusahakan perkhidmatan  Homestay Tok’at sejak 2018.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, Puan Hamidah menggunakan sebaran perseorangan untuk promosi perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah wujudnya Pusat Internet di Felda Soeharto ini, beliau mula mengikuti kursus, kelas dan latihan yang diadakan oleh pihak Pusat Internet. Puan Hamidah juga ada mengikuti Latihan Keusahawanan. Setelah melibatkan diri dalam Pusat Internet beliau sudah tahu cara mempromosi perkhidmatan dengan lebih mudah.

 hamidah  hamidah 2

Nama : Nor Rizan Bt. Mohamat Sahir

Umur  : 49 Tahun

Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Puan Nor Rizan mengusahakan perniagaan makanan sejak 2011.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum wujudnya Pusat Internet 1Malaysia di Felda Soeharto, beliau tidak tahu bagaimana menggunakan komputer, tetapi sekarang sudah mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah wujudnya Pusat Internet 1Malaysia di Felda Soeharto ini, Puan Rizan mula mengikuti kursus, kelas dan latihan yang diadakan oleh pihak PI1M. Beliau berniaga, jadi banyak bantuan perniagaan dan lain-lain yang memerlukan kertas kerja dan profile perniagaan untuk minta bantuan kewangan. Jadi Puan Rizan perlu belajar bagaimana untuk menggunakan komputer untuk menghasilkan kertas kerja dan profile perniagaan sendiri.

kelas perniagaan pn rizan

fb puan rizan