SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) FELDA SOEHARTO

 

PENGENALAN

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NaDi) FELDA SOEHARTO, Selangor, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman  portal komuniti kami. NaDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd. dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Internet Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDi sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NaDi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NaDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

 
- e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
- e-Pembelajaran (e-Learning)
- Pengumpulan dan pertukaran maklumat
- Pusat Komunikasi
- Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
- Pusat peperiksaan dan persijilan

 

MAKLUMAT PETUGAS NaDi

 

PENGURUS
Picture1
ROSSYAFIRA BINTI MUHAMAD
MULA BERKHIDMAT : 2014

 

PENOLONG PENGURUS
Picture2
NURHASNI HAIZAN BINTI HASMADON
MULA BERKHIDMAT : 2022

 

RAKAN DIGITAL
WhatsApp Image 2023 11 05 at 06.17.01
NURUL AINI BINTI MOHAMED ALI
MULA BERKHIDMAT : 2023