Tarikh : 22 Ogos 2023 Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Sesi webinar ini dijalankan untuk membentangkan topik berkaitan dengan pembiayaan TEKUN Nasional. Agensi yang terlibat dalam webinar ini adalah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan pihak TEKUN.TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Pihak TEKUN menerangkan bagaimana usahawan ingin membuat pinjaman perniagaan.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai akses pembiayaan TEKUN Nasional.