FLOATING 1  FLOATING 2

Satu lagi tempat daya tarikan yang terdapat di Felda Soeharto, Floating House atau lebih di kenali sebagai Homestay Terapung Felda Soeharto (Sg Dusun). Bagi anda yang ingin keluar dari hiruk pikuk keriuhan bandar, boleh check in di sini dan merasai suasana kampung yang aman dan damai. Terdapat 2 buah bilik yang boleh memuatkan 10 orang secara keseluruhannya dengan harga berpatutan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah :

1. Memancing ikan

2. Aktiviti BBQ dan jamuan

3. 30 minit jarak air terjun Sungai Bil

4. Kedai makan juga berdekatan 

 

Maklumat lanjut

Facebook : https://www.facebook.com/homestayterapungsgdusun/ 

Whatsapp : +6012 2110548

 

Latar Belakang Hulu Selangor

Pada masa kini, Daerah Hulu Selangor mampu berbangga dengan wujudnya pelbagai projek mega seperti kawasan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, kawasan perindustrian, perumahan, pelancongan, Bandar moden di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Serendah, Batang Kali dan Lembah Beringin di Kerling. Pembinaan interchange lebuh raya PLUS di Bukit Beruntung dan di Lembah Beringin menambahkan lagi kerancakan pembangunan kawasan ini. Sungai Selangor dahulunya merupakan alat perhubungan utama yang menghubungkan Bukit Fraser bersempadanan dengan Negeri Pahang hingga ke Kuala Selangor dan Sungai-sungai lain seperti Sungai Serendah, Sungai Batang Kali, Sungai Liam, Sumgai Inki, Sungai Kerling dan Sungai Bernam. Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa ini kaya dengan bukit-bukau yang menghijau dan telah menarik tumpuan industry pelancongan serta penubuhan institusi pendidikan di daerah ini. Selain rangkaian lebuh raya utara selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, terdapat juga Rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua, Batang Kali ke Genting Highlands, Sungai Tengi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Semuanya merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor yang Menjadi Pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi. Daerah Hulu Selangor mula wujud semasa permulaan pemerintahan Inggeris di Kuala Kubu Bharu iaitu pada 12 Mei 1883, selepas Sembilan tahun campur tangan British di Negeri Selangor. Pada zaman British, Pentadbiran Daerah Hulu Selangor dikenali sebagai “Collector and Magistrate of Ulu Selangor “ dan antara penjawatnya ialah Cecil Ranking dan Mac Carthy iaitu semasa Frank Sweettenham menjadi Residen British di Selangor. Pada mulanya pentadbiran daerah terletak di Kuala Kubu ( lama ) yang kini dikenali dengan nama “Ampang Pecah “. Pemindahan ke tempat pentadbiran yang baru pada 1 September 1930 seperti yang terdapat pada masa kini adalah kerana kawasan bandar lama tersebut terletak di kawasan yang rendah dan sering berlaku kejadian banjir besar.


Sumber : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) / Majlis Daerah Hulu Selangor

pelancingan

                        Page ini memaparkan maklumat dan aktiviti terkini di sekitar Hulu Selangor

                                        https://www.facebook.com/menarikdihuluselangor/

 

tapir tapir-08

Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun

Alamat : 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Sungai Dusun

Negeri Selangor, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor

No. Telefon :

03 - 6046 2400

 

DSCN4442  DSCN4443

Homestay di Felda Soeharto merupakan tempat penginapan yang boleh di dapati di Felda Soeharto. Penginapan dengan suasana Kampung yang menjanjikan suasana aman dan tenang jauh dari bandar serta pelbagai aktiviti riadah seperti memancing, motocross atau berbasikal pasti memberikan pengalaman yang menarik. Hubungi Encik Samuri Salikun untuk tempahan : 013-2770229.

 

 homestay 2 2   homestay 2 1

Homestay Wak Hassan dan Blik Sewa di Felda Soeharto merupakan tempat penginapan yang boleh di dapati di Felda Soeharto. Penginapan dengan suasana Kampung yang menjanjikan suasana aman dan tenang jauh dari bandar serta pelbagai aktiviti riadah seperti mandi kolam, bersantai bersama keluarga yang pasti memberikan pengalaman yang menarik untuk komuniti. Terdapat juga gerai yang menjual makanan yang berasaskan dari negara Thailand.