|
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar belajar bagaimana cara membuat surat tidak rasmi menggunakan microsoft word.
Aktiviti
Menaip semula surat tidak rasmi mengikut contoh yang telah disedikan oleh petugas NADI. Pelajar juga di ajar cara untuk menaip di dalam microsft word.
Tarikh : 25 November 2024 Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Mahir Foto |
Tujuan
NADI Mahir adalah inisiatif yang memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan dan kemahiran. Dengan menyediakan peluang pembelajaran secara percuma yang diiktiraf oleh GIATMARA, NADI Mahir memberi akses kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran mereka tanpa perlu pergi jauh, menjadikannya lebih mudah diakses oleh mereka yang mungkin mempunyai kekangan masa atau jarak.
Inisiatif ini bukan hanya membantu individu dalam memperoleh kemahiran yang relevan dengan industri semasa, tetapi juga memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti. Dengan pembelajaran yang diiktiraf, individu berpeluang untuk meningkatkan peluang pekerjaan mereka dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
Aktiviti
Pelajar mengikuti kelas mahir pada minggu kedua secara live melalui aplikasi google meet yang telah diberikan oleh pihak pengurusan program mahir.
Tarikh : 17 November 2024 Masa : 10.00 Pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Kelas kesedaran ini berbentuk podcast. Dalam episod kedua Podcast NADI Malaysia, perbincangan mengenai eSports sebagai kerjaya dari sudut pandang NGO dimana wakil dari Malaysia eSports Federation (MESF), iaitu Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2 akan mengupas lebih dalam tentang peluang yang ditawarkan oleh industri eSports untuk anak muda Malaysia. Didalam episod ini, dibincangkan berkaitan bagaimana MESF dan persatuan eSports negeri menyokong bakat-bakat baru dan mencipta peluang dalam industri serta pandangan jujur tentang cabaran dan potensi eSports sebagai laluan kerjaya masa depan.
Aktiviti
Orang awam menonton podcast melalui platform Youtube yang dibuka oleh petugas NADI di komputer masing-masing.
Tarikh : 18 November 2024 Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Mahir Foto |
Tujuan
NADI Mahir adalah inisiatif yang memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan dan kemahiran. Dengan menyediakan peluang pembelajaran secara percuma yang diiktiraf oleh GIATMARA, NADI Mahir memberi akses kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran mereka tanpa perlu pergi jauh, menjadikannya lebih mudah diakses oleh mereka yang mungkin mempunyai kekangan masa atau jarak.
Inisiatif ini bukan hanya membantu individu dalam memperoleh kemahiran yang relevan dengan industri semasa, tetapi juga memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti. Dengan pembelajaran yang diiktiraf, individu berpeluang untuk meningkatkan peluang pekerjaan mereka dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
Aktiviti
Untuk minggu pertama program NADI Mahir, peserta akan diberikan pengenalan tentang cara menggunakan Mahir Training System (MTS) terlebih dahulu. Ini adalah platform utama yang akan digunakan sepanjang kursus untuk mengakses bahan pembelajaran, latihan, dan sebagainya. Penguasaan terhadap sistem ini sangat penting supaya peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya semua sumber yang disediakan dalam bentuk digital. Setelah itu, sesi seterusnya akan disambung dengan topik pengenalan yang akan memberi gambaran keseluruhan tentang kursus atau program yang mereka ikuti.
Tarikh : 03 November 2024 Masa : 10.00 Pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Kelas kesedaran ini berbentuk podcast yang bertajuk e-sukan sebagai peluang kerjaya yang dibincangkan oleh Encik Nor Azli Bin Mohamad Daud, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).Dalam podcast ini, beliau menerangkan tentang perkembangan industri e-sukan di Malaysia serta peluang kerjaya yang berkait dengan industri e-sukan. Selain itu, beliau juga mungkin akan berkongsi tentang sokongan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk membantu belia di Malaysia mencapai impian mereka dalam e-sukan.
Aktiviti
Orang awam menonton podcast melalui platform Youtube yang dibuka oleh petugas NADI selama 44 minit.