Tarikh : 21 Oktober 2023

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program Kesedaran dan Perkasa komuniti dengan kerjasama pelbagai agensi ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan memperkasa komuniti mengenai perkhidmatan tambahan yang ada di PEDi seperti Digital Payment, Ecommerce, Tuisyen online dan pelbagai lagi. Selain itu, PEDi Felda Soeharto mengadakan pertandingan permainan dam haji terbuka untuk komuniti Felda Soeharto lelaki dewasa da kanak-kanak. Permainan ini dimainkan dengan cara menggerakkan buah dam setapak ke hadapan iaitu secara mengereng ke kiri atau ke kanan sehingga buah dam mencapai status 'buah aji'. Pemain tidak dibenarkan menggerakkan buah dam miliknya ke belakang kecuali buah dam yang mencapai status 'buah aji' sahaja.

Aktiviti

Permainan dam haji ditentukan oleh siapa yang memenangi dahulu dan dikira sebagai pemenang. Juri akan menetapkan pemenang. Seramai 6 orang yang terlibat dalam permainan dam haji ini.

Galeri Foto