Tarikh : 16 November 2023 Masa : 4.30 petang - 5.30 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi keempat, pelajar diberi tontonan video tokoh sejarah islam iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih. Sultan Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Yunani, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).
Aktiviti
Pengajar membuka video mengenai tokoh sejarah islam untuk memperkenalkan kepada pelajar siapa Sultan Muhammad Al-Fatih. Setelah habis tayangan video, pengajar memberikan soalan kepada pelajar dan pelajar perlu menjawab dengan betul.