Tarikh : 17 November 2023

Masa : 4.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi ketiga, pelajar diberi keterangan mengenai KITAR. KITAR adalah Peranti Lama, Nafas Baharu (sebelum ini dikenali sebagai “Mobile e-Waste: Old Phone, New Life”) merupakan inisiatif yang pada mulanya dilancarkan pada Ogos 2015 dan dilancarkan semula sebagai KITAR pada November 2022. Objektif utamanya adalah untuk menyokong kepentingan pelupusan selamat alam sekitar dan kitar semula peranti mudah alih akhir hayat (EOL).

Aktiviti

Pengajar memberi keterangan mengenai KITAR dan menunjukkan bagaimana proses KITAR. Pengajar juga memberi soalan kepada pelajar mengenai KITAR dan pelajar perlu menjawab dengan betul dan mendapat hadiah. 

Galeri Foto