Tarikh : 12 Disember 2023

Masa : 9.00 pagi -12.00 tengah hari

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

PEDi Felda Soeharto berkesempatan menghadiri Hari Keusahawanan 2023 yang diadakan di SK Kampung Soeharto. Hari keusahawanan ini anjuran bersama SKKS, Felda Soeharto, PIBG SKKS dan komuniti Felda Soeharto. Ramai komuniti yang telah hadir, terdapat juga gerai2 jualan yang dijual oleh pelajar sekolah tersebut dan juga usahawan felda soeharto. Pelbagai makanan dijual hasil kerjasama murid, guru-guru dan ibu bapa serta aktiviti menarik diadakan bagi menarik kehadiran orang ramai. Antara aktiviti yang diadakan seperti karaoke, jualan preloved pakaian,pertandingan memasak, gubahan bunga dan banyak lagi.Terdapat juga gerai pameran hasil kerjasama Jabatan Perhilitan, saringan kesihatan secara percuma oleh Klinik Kesihatan, Agrobank, Perodua dan Proton turut mengambil tempat dalam majlis berkenaan.

Aktiviti

Staff PEDi Felda Soeharto hadir untuk menyokong aktiviti hari keusahawanan di SKKS. Ramai komuniti seperti pelajar, ib bapa dan lain-lain turut hadir. Banyak gerai jualan dan pameran pada hari keusahawanan tersebut.

Galeri Foto