Tarikh : 04 Januari 2024 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama pengajar yang telah dilantik untuk menagajar kepada usahawan mengenai database dan email marketing. Database adalah teknik pemasaran yang berdasarkan penyelidikan dan pengumpulan data mengenai pengguna, dari nama dan maklumat hubungan mereka kepada interaksi mereka dengan syarikat atau keutamaan untuk produk tertentu. Email marketing pula adalah satu bentuk pemasaran langsung serta pemasaran digital, yang menggunakan e-mel untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan perniagaan. Jika usahawan menggunakan database dan email marketing ini, mereka dapat meningkatkan hubungan pelanggan dan kesetiaan jangka panjang, meningkatkan perkhidmatan dan meningkatkan hasil pemasaran.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh jurulatih-jurulatih dari MDEC. Pengajar menerangkan mengenai apa itu database dan email marketing. Pengajar memberi cara bagaimana usahawan hendak menggunakan database dan email marketing ini untuk meningkatkan hasil pemasaran dan menyimpan data-data pelanggan.