Tarikh : 07 Januari 2024 Masa : 3.30 pm - 4.30 pm Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Bahasa Mandarin adalah bahasa yang digunapakai oleh masyarakat Cina di Malaysia. Justeru, bahasa Mandarin semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu dan India untuk mempelajari bahasa Mandarin.
Aktiviti
Pengajar akan membuat satu sesi pembelajaran dengan membenarkan pelajar untuk bersuara semasa pembelajaran dijalankan.Hal ini demikian kerana memudahkan pengajar mendengar pelajar menyebut setiap perkataan yang diajar. Justeru, pengajar dapat memperbetulkan sebutan mereka secara terbuka dan pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas.