Tarikh : 04 Februari 2024

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : orang awam

 

Tujuan

Banci Pertanian adalah penghitungan menyeluruh mengenai pertubuhan-pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ada di Malaysia. Manakala, PADU merupakan singkatan bagi Pangkalan Data Utama yang memusatkan semua data-data kita yang telah dikumpul dari semua agensi-agensi kerajaan seperti LHDN, KWSP, JPJ dan sebagainya. Antara data yang disimpan dalam PADU adalah seperti maklumat terkini pekerjaan anda dan pendapatan kewangan anda. Untuk makluman PADU dan ID Digital Nasional adalah dua benda yang berbeza. ID Digital Nasional adalah pengenalan diri anda secara digital yang memudahkan urusan dalam talian. Kelak PADU dan ID Digital Nasional akan diintegerasikan. Dengan menyatupadukan semua maklumat diri dari setiap agensi kerajaan, peluang untuk berlaku pertindihan data dan maklumat yang saling bercanggah adalah kurang.

Aktiviti

Pekerja PEDi Felda Soeharto dan pihak DOSM bersama-sama membantu komuniti untuk mengemaskini sisitem PADU ini dan pastikan setiap data yang diisi perlulah lengkap dan dapat pengesahan setiap kali pendaftaran.  Setiap isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas perlu mengisi maklumat di dalam sistem PADU. Temuduga pemilihan pekerja bagi banci pertanian juga turut diadakan.

Galeri Foto