Tarikh : 07 April 2024 Masa : 10.45 pagi - 11.45 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
E-Tuition DiLea adalah salah satu program digital learning yang dijalankan di setiap NADI. Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai nombor operasi iaitu penambahan, penolakan, pembahagaian, pendaraban, bundar dan lain-lain.
Aktiviti
Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek Matematik yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.