Tarikh : 11 Jun 2024 Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai pengenalan e-pemasaran dan pemasaran digital. E-Pemasaran adalah proses pemasaran jenama yang menggunakan medium internet sebagai medium utama manakala pemasaran digital adalah istilah luas yang merujuk kepada pelbagai teknik promosi yang digunakan untuk mencapai pelanggan melalui teknologi digital.
Aktiviti
Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai pengenalan e-pemasaran dan pemasaran digital. Pengajar mengajar bagaimana ingin meluaskan pemasaran secara digital dan dapat menghasilkan pendapatan yang baik.