Tarikh : 07 Julai 2024 Masa : 7.30 Pagi - 10.00 Pagi Tempat : Dewan Semai Bakti Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Hari Peneroka yang jatuh pada 7 Julai, ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas Felda. Tarikh keramat ini adalah hari penghormatan kepada peneroka Felda yang telah menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya. Mereka adalah hero yang tidak didendang. Karnival Segalanya Felda akan turut memperingati pengorbanan dan meraikan sumbangan serta peranan peneroka Felda di dalam kehidupan seharian kita. Program ini dijalankan di semua Felda dan Felda Soeharto adalah salah satu yang mengikuti program ini. NADI Felda Soeharto membuka pameran pada program tersebut bagi menyokong dan memeriahkan program mereka. Terdapat juga jualan daripada usahawan-usahawan setempat.
Aktiviti
Petugas NADI Felda Soeharto membuka pameran di Dewan Semai Bakti Felda Soeharto. Terdapat kuiz klik dengan bijak, pameran NADI dan pemeriksaan kesihatan. Bagi kuiz akan diberikan hadiah kepada yang menjawab dengan betul.