Tarikh : 18 Julai 2024

Masa : 8.00 malam - 9.30 malam

Tempat : Masjid At-Taufiqiah Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Pada 18 Julai 2024, Masjid AT- Taufiqiah telah mengadakan program imarahkan masjid bersama PDRM Malaysia. Pada hari tersebut pegawai PDRM telah memberikan taklimat kepada komuniti Felda Soeharto mengenai jenayah scammer dan hati-hati pada penjenayah. Pihak masjid telah menjemput pengurus felda, JKKR, MBFM, Ketua Kampung dan NADI Felda Soeharto untuk menghadiri taklimat tersebut. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjemput NADI Felda Soeharto sebagai sebahagian daripada komuniti untuk mendengar takilimat ini. Tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi peringatan untuk jauhkan diri daripada scammer dan perlu berhati-hati dengan penjenayah.

Aktiviti

Petugas NADI Felda Soeharto menghadiri taklimat tersebut yang diadakan di Masjid At-Taufiqiah bersama2 komuniti felda soeharto.

Galeri Foto