Tarikh : 06 Oktober 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program yang dijalankan adalah e-pembelajaran. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah mengulangkaji pelajaran dan mencari sumber ilmiah yang tidak diajar dibilik darjah. Program ini juga membantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT dalam kehidupan mereka. Kemahiran ICT ini amat penting kerana pada masa kini banyak menggunakan ICT dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Sesi pertama pelajar diminta untuk menjawab kuiz bahasa inggeris. Kuiz ini membentuk ketangkasan minda pelajar dalam berfikir dengan cepat. Setelah itu, pelajar diminta untuk menjawab kuiz bahasa melayu dimana pelajar menyusun semula ayat yang betul dan memilih ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan yang diberikan.