Tarikh : 22 Oktober 2018

Masa : 3.30 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Ketika ini, kempen mengamalkan gaya hidup sihat kiat dijalankan oleh pelbagai organisasi. Tidak terkecuali Pusat Internet Felda Soeharto untuk turut sama dalam menjayakan kempen yang baik ini. Salah satu caranya dengan melalui pemilihan makanan yang sihat.

Aktiviti

Pekerja pusat internet sendiri yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat juga telah memberi sedikit dorongan kepada orang awam dalam memilih gaya hidup yang sihat. Pada hari tersebut telah ditunjukkan proses penghasilan sosej ayam yang sihat tanpa menambah bahan perisa yang melebihi had tertentu dengan pemilihan bahan yang berkhasiat. Peserta juga berpeluang untuk menghasilkan sosej ayam sendiri dengan bantuan dan kerjasama daripada tenaga pekerja dan rakan lain. Ianya aktiviti yang menyeronokkan di samping memperolehi ilmu baru dalam dunia masakan. 

Galeri Foto