Tarikh : 16 Disember 2018 Masa : 7.30 petang - 1.30 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Program bersama penduduk setempat dan memberi kesedaran dalam penjagaan kesihatan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Zumba & pertandingan sukaneka
2. Pertandingan mewarna kanak-kanak
3. Taklimat & kuiz advokasi
4. Periksa kesihatan
5. Periksa gigi
6. Derma darah
7. Jualan usahawan tempatan
8. Cabutan bertuah
Terima kasih yang tidak terhingga kepada badan organisasi dan individu yang turut serta dalam menjayakan program ini. Antaranya, Hospital Slim River, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Selangor, Klinik Kesihatan Felda Soeharto, Majlis Belia Felda Malaysia Felda Soeharto, kumpulan SWALLA zumba, sukarelawan dan AJK Pusat Internet Felda Soeharto, GPW, Pengurusan Felda Soeharto, Ketua Kg. Felda Soeharto (MPKK), KEMAS Felda Soeharto, usahawan Felda Soeharto dan seluruh pengunjung yang hadir.