Tarikh : 02 Februari 2020 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas ulangkaji diteruskan. Menggalakkan pelajar untuk memilih pusat internet sebagai tempat mencari bahan ilmu di internet.
Aktiviti
Subjek Sains dengan topik ekosistem menjadi pembelajaran kali ini. Petugas pusat internet juga memberi tunjuk ajar dalam mencari info di internet. Rata-rata pelajar mudah memahami dan bersetuju, selain buku sumber daripada internet juga diperlukan.
Tarikh : 02 Februari 2020 Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Membantu peserta kali ini mengetahui tahap keselamatan kata laluan yang digunakan. Juga mengetahui kepentingan menjaga kata laluan dengan selamat agar tidak disalahgunakan oleh orang lain.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan petingnya menjaga kata laluan dengan baik dan mencipta kata laluan dengan aksara yang betul. Mereka juga di minta untuk menilai tahap keselamatan kata laluan mereka di http://www.passwordmeter.com dan merubah sekiranya kata laluan yang di gunakan di level 'lemah' atau weak.
Tarikh : 19 Januari 2020 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Gejala buli cyber semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita. Tidak terkecuali di kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, kempen Klik Dengan Bijak diteruskan dengan topik kali ini ialah Buli Cyber.
Aktiviti
Contoh Video ditayangkan untuk gambaran lebih jelas berkaitan buli cyber. Penerangan juga di beri untuk pelajar ini lebih memahami akan kesan dan keburukan menjadi pembuli atau mangsa buli cyber. Juga diterangkan langkah yang perlu di ambil sekiranya menjadi mangsa atau melihat gejala buli cyber.
Tarikh : 01 Februari 2020 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Teknik pembelajaran secara online diteruskan di samping menerapkan sistem ulangkaji pelajaran di pusat internet di kalangan pelajar sekolah.
Aktiviti
Pelajar ini mencari maklumat berkaitan taburan penduduk di Malaysia yang merangkumi jumlah penduduk mengikut jantina. Laman web https://www.mycensus.gov.my dan beberapa laman web lain menjadi sumber rujukan dengan bantuan dan tunjuk ajar petugas dengan pendekatan memahami info carian dengan mudah.
Tarikh : 18 Januari 2020 Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Menerapkan sistem E-Pembelajaran di kalangan pelajar mengikut subjek pelajaran yang di minati. Pelajar boleh mengulangkaji atau mendapatkan maklumat dari sumber internet yang tepat.
Aktiviti
Minggu ini subjek Bahasa Inggeris di sambung dan memilih untuk mendalami teknik terjemahan dan perbualan. Mereka di beri penerangan dan menggunakan kamus digital sebagai rujukan untuk memahami konteks ayat. Latihan juga disediakan melalui https://www.cambridgeenglish.org/my/test-your-english