Nama : Megat Adam Naufal Bin

             Megat Mansor

Umur  : 10 tahun

Ahli     : 2019

 

Latar belakang

Megat Adam masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Soeharto dan sekarang darjah 5.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, Adam tidak faham dalam penggunaan komputer dan masih tercari-cari di manakah dan bagaimana untuknya mengetahui ilmu komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penggunaan ICT Adam sedikit mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan kerja sekolahnya dapat disiapkan dengan mencari maklumat di internet. Tambahan kini kerja sekolah banyak yang memerlukan rujukan di internet. Adam juga sering menggunakan kemudahan di pusat Internet dan mengikuti kelas-kelas komputer yang disediakan di Pusat Internet.