USAHAWAN MAKANAN DAN INAI HIASAN TANGAN

Nama : Cik Siti Norsyahira Binti Ramly

Umur  : 18 tahun

Ahli     : 2017

 

Latar belakang

Cik Siti norsyahira merupakan usahawan yang sangat muda di dalam Felda Soeharto. Beliau baru berusia 18 tahun tetapi mempunyai semangat keusahawanan yang sangat tinggi. Perniagaan beliau bercorak Homemade makanan berkhasiat seperti popia Vietnam dan sushi berkhasiat. Tambahan, beliau juga membuat inai hiasan tangan.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan PI ilmu pengetahuan saya dalam keusahawan adalah terhad khusunya dalam bidang pengiklanan dan cara promosi yang betul di sosial media.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penglibatan PI, pasaran saya amat memberangsangkan. Setiap hari pasti ada yang menghubungi saya untuk mendapatkan hasil jualan saya. Saya semakin yakin untuk menguruskan perniagaan  berdasarkan kemahiran yang saya belajar ketika menghadiri kelas usahawan yang di anjurkan oleh pusat internet.

Itu membuktikan, kelas dan program yang disediakan di PI banyak membantu saya dari segi packaging, copywriting, editing dan langkah promosi yang berkesan.

s