Nama : Jamaliah Binti Abas

Umur  : 58 tahun

Ahli     : 2020

 

Latar belakang

Saya merupakan usahawan Tayar Hiasan Terpakai yang memulakan penjualan ini bermula pada tahun 2019. Saya juga anak jati Felda Soeharto dan memulakan perniagaan di sekitar Felda Soeharto terlebih dahulu sebelum ke kawasan lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, saya ada menimba ilmu dalam dunia perniagaan namun secara tidak meluas dan sumber yang terhad. Itu menyebabkan saya sering tidak mendapat tempat dalam promosi barangan di media sosial khususnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran PEDi Felda Soeharto, ilmu perniagaan saya semakin meningkat khususnya cara saya menjual produk di sosial media, platform seperti kelas Facebook dan Shopee banyak membantu saya untuk menguruskan perniagaan dan mengembangkan lagi jualan di merata tempat. Daya komunikasi jualan juga semakin baik dari masa ke masa.

 

    347397499 1179369616792777 8420644223071584481 n277820252 850179089711833 8011270183609212411 n