Nama : Anisah Binti Yaacob

Umur  : 60 tahun

Ahli     : 2022

 

Latar belakang

Saya merupakan usahawan roti dan kuih tradisional yang memulakan penjualan ini bermula pada tahun 2020. Saya juga anak jati Felda Soeharto dan memulakan perniagaan di sekitar Felda Soeharto terlebih dahulu sebelum ke kawasan lain

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Sebelum penggunaan ICT, saya ada menimba ilmu dalam dunia perniagaan namun secara tidak meluas dan sumber yang terhad. Itu menyebabkan saya sering tidak mendapat tempat dalam promosi barangan di media sosial khususnya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran NaDi Felda Soeharto, ilmu perniagaan saya semakin meningkat khususnya cara saya menjual produk di sosial media, platform seperti kelas Facebook dan Shopee banyak membantu saya untuk menguruskan perniagaan dan mengembangkan lagi jualan di merata tempat. Daya komunikasi jualan juga semakin baik dari masa ke masa.

 

11     430477381 7606363092731267 1499951070693352918 n