Nama : Mohd Yusof Haslan Bin Mohamad Zainudin

Umur  : 32 tahun

Ahli     : 2022

 

Latar belakang

Saya merupakan usahawan Perancang Perkahwinan yang memulakan perkhidmatan ini bermula pada tahun 2020. Saya juga anak jati Felda Soeharto dan memulakan perniagaan di sekitar Felda Soeharto terlebih dahulu sebelum ke kawasan lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Sebelum penggunaan ICT, saya ada menimba ilmu dalam dunia perniagaan namun secara tidak meluas dan sumber yang terhad. Itu menyebabkan saya sering tidak mendapat tempat dalam promosi perkhidmatan di media sosial khususnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran NaDi Felda Soeharto, ilmu perniagaan saya semakin meningkat khususnya cara saya mempromosi perkhidmatan di sosial media, platform seperti kelas Facebook dan Shopee banyak membantu saya untuk menguruskan perniagaan dan mengembangkan lagi promosi di merata tempat. Daya komunikasi juga semakin baik dari masa ke masa.

 

429641054 3738981339716415 4382716739402884578 n    415251935 2747941132036885 8419587779042864174 n