USAHAWAN BARANGAN KESIHATAN

Nama  : Faudziah Binti Saad

Umur   : 51 tahun

Ahli      : 2014

 

Latar Belakang

Puan Faudziah merupakan usahawan barangan kesihatan sejak 2016 yang menetap di Felda Soeharto.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya saya kurang mengetahui fungsi Pusat Internet yang sebenar. Berbekalkan pengetahuan yang sekadar asas dalam bidang IT, membuatkan saya tidak yakin untuk mempromosikan hasil jualan saya secara online dengan langkah yang lebih mudah. Kini saya tahu, saya mampu mendalami ilmu IT dengan lebih lagi dan tidak sekadar mendengar kebaikan Pusat Internet  daripada orang lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kelas yang saya hadiri adalah Latihan Keusahawanan di mana saya dapat menambah ilmu lagi dalam bidang ini dengan lebih meluas. Antaranya, cara – cara yang berkesan untuk saya mempromosikan produk saya kepada orang luar. Lain, berniaga secara online, ianya amat menyeronokkan dan mudah sekali. Tambahan lagi,  dengan aplikasi My shop di Pusat Internet menambahkan lagi platform perniagaan saya.

faudziah saad