Tarikh : 22 Disember 2022 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Dewasa |
Tujuan
Sesi webinar ini adalah anjuran PeDAS dan pensyarah UTHM. Webinar ini mengenai tips dan tricks live steraming. Live streaming boleh digunakan dalam beberapa aplikasi sebagai contoh obs studio. Pensyarah membentangkan tips dan kaedah yang betul ketika seseorang menggunakan live streaming.
Aktiviti
Pengajar memberi tips untuk menggunakan live streaming dengan betul. Selain itu, pengajar mengajar cara menggunakan live streaming dari awal sehingga penutup dengan menggunakan aplikasi obs studio.
Tarikh : 16 Disember 2022 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Dewasa |
Tujuan
Sesi webinar ini diadakan untuk membantu peniaga berniaga dalam platform Yezza. Yezza.io merupakan Platform Whatssapp Commerce yang pertama di Malaysia. Whatssapp commerce Yezza ni lebih kurang seperti Lazada dan Shoppe tetapi menggunakan whatssap. Kumpulan Yezza membantu para peniaga berniaga di platform ini untuk memudahkan peniaga menggunakan patform mereka. Mereka juga menerangkan kepentingan menggunakan platform yezza ini.
Aktiviti
Pengajar mengajar cara memasarkan produk di platform yezza. pengajar menerangkan kepentingan menggunakan platform tersebut untuk peniga dan mengajar langkah-langkah menggunakannya.
Tarikh : 9 Disember 2022 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Dewasa |
Tujuan
Sesi webinar ini dijalankan untuk membentangkan topik berkaitan penggunaan dan keselamatan tandatangan digital serta peranan agensi dalam meningkatkan penggunaan tandatangan digital di sektor awam. Agensi yang terlibat dalam webinar ini adalah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Syarikat Rafftech.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai kepentingan tandatangan digital di sektor awam.
Tarikh : 13 Disember 2022 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Dewasa |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mengetahui cara memasarkan produk dengan strategik di shopee menggunakan alat penjual di pusat jualan. Selain itu, mempelajari cara memaksimumkan keterlihatan produk anda melalui Kempen Shopee dan Iklan Shopee. Untuk mempelajari cara membawatrafik luar ke kedai shopee menggunakan pengoptimuman enjin carian.
Aktiviti
Pengajar mengajar cara memasarkan produk secara strategik , memaksimumkan keterlihatan produk dan cara membawa trafik luar menggunakan pengoptimuman enjin carian.
Tarikh : 6 Disember 2022 Masa : 3.00 petang - 5.30 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar SRA Kampung Soeharto |
Tujuan
Program ini diadakan bersama pelajar tahun 6 SRA Kampung Soeharto. Program yang dijalankan adalah kelas ICT, tayangan video dan Klik Dengan Bijak. Sesi pertama adalah klik dengan bijak. Setiap pelajar perlu menonton video mengenai buli siber dan sexual grooming. Setelah itu, mereka perlu menjawab soalan klik dengan bijak yang telah disediakan oleh pengajar. Setelah selesai, mereka diberi arahan untuk kelas ICT pula. Kelas ICT yang disediakan adalah latihan jawi, ejawi converter dan kuiz khat. Sesi terakhir adalah tayangan video. Tayangan video mengenai kisah para nabi yang terdahulu.
Aktiviti
Sesi pertama pengajar perlu memberi keterangan mengenai klik dengan bijak dan memberi soalan kepada pelajar. Sesi kedua, pengajar memberi latihan ICT kepada setiap pelajar dan sesi terakhir adalah tayangan video kepada setiap pelajar.