Tarikh : 07 Mei 2023

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar belajar bagaimana cara mencantumkan perkataan dalam jawi. 

Aktiviti

Mencari maklumat di laman web yang betul berkaitan subjek pilihan minggu ini. Aktiviti perbincangan di dalam kumpulan dan sesi soal jawab bersama rakan-rakan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan.

Galeri Foto

Tarikh : 18 April 2023

Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kuiz Bulan Ramadhan adalah salah satu aktiviti untuk setiap pelajar. Kuiz ini dilakukan untuk memberi beberapa pengetahuan mengenai bulan ramadhan. Setiap pelajar perlu menjawab setiap soalan pada kuiz tersebut. 

Aktiviti

Pengajar perlu menyediakan kuiz kepada setiap pelajar sebagai latihan untuk mereka. Pelajar perlu menjawab soalan dengan betul.

Galeri Foto

Tarikh : 09 April 2023

Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Membina jadual harian adalah salah satu inisiatif setiap pelajar untuk mengatur kehidupan mereka. Cara membuat jadual harian adalah dengan menggunakan microsoft word. Ini memudahkan mereka untuk membina jadual secara atas talian dan tidak perlu untuk melukis.

Aktiviti

Pengajar memberi latihan membina jadual harian kepada setiap pelajar. Pelajar perlu membuka microsoft word dan membuat jadual harian tersebut.

Galeri Foto

Tarikh : 15 April 2023

Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Program kali ini merupakan satu usaha pihak Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto untuk mengadakan aktiviti di bulan Ramadan. Program ini adalah untuk membantu penduduk setempat dalam melaksanakan tanggungjawab ini dengan menyediakan lokasi pembayaran zakat fitrah dan turut berkerjasama dengan amil yang diamanahkan untuk bahagian kutipan.

Terima kasih kepada Amil Zakat Felda Soeharto atas kerjasama yang diberikan. Turut terima kasih kepada pengunjung yang hadir untuk membuat bayaran zakat dan memilih Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto sebagai lokasi pilihan.

Aktiviti

Pembayaran zakat dan sedikit tazkirah zakat secara santai.

Galeri Foto

Tarikh : 02 April 2023

Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Di pusat internet , pengajar memberi ilmu pengetahuan dengan menggunakan komputer dan internet. Banyak aktiviti yang dilakukan. Antaranya adalah crossword. Crossword memantapkan lagi pengetahuan setiap pelajar mengenai bulan ramadhan.

Aktiviti

Pengajar menyediakan latihan crossword bulan ramadhan kepada setiap pelajar. Setiap pelajar perlu mengisi jawapan dalam setiap kotak yang disediakan. Link crossword : https://crosswordlabs.com/view/puasa-ramadhan 

Galeri Foto