Tarikh : 14 September 2019 Masa : 9.00 pagi - 1.00 t/hari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
-
-
- Salah satu rangka promosi dan kesedaran berkaitan kepentingan menjaga kesihatan kepada penduduk setempat.
-
Aktiviti
Majlis dirasmikan oleh Encik Zambri Bin Kassim, Pengurus Felda Soeharto.
Taklimat kesihatan oleh Dr. Ismail Lasa, Ketua Unit Penyakit Tidak Berjangkit Negeri Selangor.
-
- Pameran agensi :
- 1. Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP)
- 2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- 3. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
- 4. Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor (Zumba dan Tabata)
- 5. Klinik Kesihatan Felda Soeharto (Pemeriksaan kesihatan percuma)
Selain taklimat kesihatan, juga terdapat taklimat Klik Dengan Bijak oleh petugas Pusat Internet Felda Soeharto dan taklimat infomasi oleh agensi yang terlibat. Pelbagai pertandingan juga dijalankan seperti :
1. Menulis artikel "Pusat Internet Di hatiku" dan di muat naik di Dashboard My Komuniti
2. Muat naik produk kesihatan di MY Shop
3. Tagging tempat kesihatan di My place
4. Pertandingan Tabata
5. Menu makanan sihat
6. Mewarna berpasangan : anak dan penjaga.
7. Mix & Match Piramid Makanan
8. Cabutan Bertuah.
Terima kasih semua pengunjung yang hadir memeriahkan program kali ini.
Tarikh : 13 September 2019 Masa : 9.00 pagi - 12.00 t/hari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
-
-
- Memperkenalkan pusat kesihatan di kawasan setempat kepada pelayar Dashboard My Health.
-
Aktiviti
-
- Memberi Taklimat berkaitan My Place dan peserta perlu tagging pusat kesihatan melalui koordinasi yang betul.
- Galeri Foto
|
Tujuan
- Menggalakkan peserta meghasilkan karya penulisan berkaitan pusat internet. Hasil penulisan yang baik diumumkan sebagai pemenang tanda penghargaan kepada pengguna/peserta yang terlibat.
Aktiviti
Peserta perlu menaip karya dan hasilnya perlu dimuat naik ke dalam portal Dashboard Komuniti ruangan My Komuniti.
Tarikh : 12 September 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
-
- Memberi peluang usahawan mempromosikan barangan mereka di My Shop dengan muat naik gambar barangan produk yang berunsurkan kesihatan.
Aktiviti
- Peserta diminta menulis butir perniagaan serta memasukkan gambar menarik di dalam ruang Myshop untuk tujuan perniagaan dan mendengar taklimat yang betul berkenaan My Shop.
Tarikh : 07 September 2019 Masa : 9.00 pagi - 12.00 t/hari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Memperkenalkan Shopee kepada usahawan tempatan dan cara berniaga secara online. Program ini juga kerjasama dengan petugas Pusat Internet Desa (PID) Tg Malim.
Aktiviti
Sesi penerangan dan pendaftaran ahli di laman web Shopee. Pembentangan dilakukan oleh wakil Shopee iaitu Puan Zalia dan Encik Nizam.