Tarikh : 17 Ogos 2019 Masa : 7.30 pagi - 12.00 t/hari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Ahli Pengurusan Berat Badan |
Tujuan
Kempen penurunan berat badan dan ketahui daya ketahanan fizikal/tubuh.
Aktiviti
1. Senam Aerobik dan Zumba
2. Taklimat kesihatan
3. Ujian Fisioterapi
4. Taklimat Klik Dengan Bijak
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang hadir khususnya peserta Penurunan Berat Badan (PBB) Felda Soeharto. Terima kasih juga kepada pegawai kesihatan KOSPEN Hulu Selangor, Puan Zainu dan Pegawai Jurupulih Perubatan Fisioterapi, Encik Muaz Bin Abd Rahim dan rakan-rakannya dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor kerana sudi berkongsi ilmu berkaitan keadaan fizikal manusia.
Tarikh : 15 Ogos 2019 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Menjadikan Pusat Internet salah satu platform pembelajaran dan ulangkaji pelajaran.
Aktiviti
Belajar dan jawab kuiz berkaitan kumpulan makanan haiwan seperti Omnivor,Karnivor dan Herbivor di www.proprofs.com
Tarikh : 10 Ogos 2019 Masa : 3.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Mendidik anak muda untuk lebih memahami berkaitan haji/umrah. Juga memaklumakan boleh dapat info berguna dengan menggunakan teknologi masa kini.
Aktiviti
Tayangan video tazkirah online berkaitan haji/umrah.
Tarikh : 14 Ogos 2019 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memupuk semangat anak muda dengan penerangan dan kuiz berkaitan kemerdekaan. Juga memaklumakan boleh dapat info berguna dengan menggunakan teknologi masa kini.
Aktiviti
Jawab kuiz merdeka online : quizizz.com
Tarikh : 10 Ogos 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.00 t/hari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Taklimat dan praktikal berkaitan haji dan umrah. Khusus kepada mereka yang ingin menunaikan haji/umrah pada masa akan datang.
Aktiviti
Taklimat dan praktikal ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Azam Bin Sofuan selaku mutawif dan penceramah bebas. Peserta yang hadir dapat memahami dengan lebih lagi berkaitan haji dan umrah, juga dapat melakukan latihan niat, tawaf, sa'ie dan pelbagai lagi rukun dan syarat haji/umrah.