Tarikh : 01 September 2023

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Aktiviti cuti sekolah adalah salah satu aktiviti anak-anak untuk luangkan masa dengan aktiviti-aktiviti seperti kelas, latihan dan lain-lain. Pada hari ini, PEDi Felda Soeharto mengadakan aktiviti mengedit gambar menggunakan aplikasi canva. Aplikasi canva ini memudahkan semua untuk mengedit gambar supaya menjadi cantik, kreatif dan pelbagai jenis cara untuk kita edit di dalam aplikasi ini. Selain itu, aktiviti kemahiran menaip. Aktiviti ini untuk melatih setiap pelajar untuk memaip dengan lancar dan tiada kesalahan perkataan ketika menaip. Akhir sekali, Klik dengan Bijak. Klik dengan bijak adalah salah satu advokasi untuk pelajar mendapat pengetahuan mengenai keselamatan ketika mereka menggunakan internet.

Aktiviti

Program ini dilakukan di PEDi Felda Soeharto. Pengajar memberi latihan kepada pelajar bagaimana menggunakan aplikasi canva untuk mengedit gambar. Selain itu, latihan menaip dengan pantas dan lancar. Akhir sekali, pelajar diberikan pengetahuan mengenai klik dengan bijak.

Galeri Foto

Tarikh : 23 Ogos 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar mengenai kuasakan pengiklanan melalui AI dengan OHSEMads. OHSEMads adalah platform pemasaran data bersepadu yang dikuasakan oleh AI. Menyediakan perniagaan dengan papan pemuka untuk menganalisis tingkah laku pengguna berdasarkan penggunaan. Menyediakan keupayaan untuk mencipta persona pelanggan untuk pengaktifan khalayak melalui iklan. Menyediakan ruang kerja untuk secara mendalam dengan penjadualan silang menegak pada tingkah laku penggunaan pengguna.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai bagaimana kuasakan pengiklanan melalui AI dengan menggunakan OHSEMads.

Galeri Foto

Tarikh : 20 Ogos 2023

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

PEDi Felda Soeharto mengadakan pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan yang ke 66. Seramai 50 orang pelajar termasuk ibu bapa yang sertai program ini. Pertandingan mewarna ini diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam diri setiap pelajar melalui mewarna. Selain itu, mereka juga diberikan latihan mencantumkan gambar yang terlerai menjadi satu gambar. Setelah selesai mencantumkan gambar, merek perlu menonton klik dengan bijak yang menceritakan mengenai lindungi kanak-kanak daripada pengantungan dalam talian. 

Aktiviti

Program ini dilakukan di PEDi Felda Soeharto. Pengajar memberi satu helai kertas yang bergambar untuk setiap pelajar mewarna. Seterusnya mereka perlu membuka komputer untuk aktiviti mencantumkan gambar dan menonton klik dengan bijak.

Galeri Foto

Tarikh : 22 Ogos 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Sesi webinar ini dijalankan untuk membentangkan topik berkaitan dengan pembiayaan TEKUN Nasional. Agensi yang terlibat dalam webinar ini adalah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan pihak TEKUN.TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Pihak TEKUN menerangkan bagaimana usahawan ingin membuat pinjaman perniagaan.  

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai akses pembiayaan TEKUN Nasional.

Galeri Foto

Tarikh : 16 Ogos 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program taklimat ini diadakan kerjasama antara pihak MSD dan PEDi. Untuk hari ini, taklimat entering the job market ini mengenai persediaan untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan. Pelajaran hari ini adalah bagaimana ingin mengikuti temuduga dengan baik dan diterima oleh syarikat. Banyak langkah yang perlu mereka lakukan sebelum ditemuduga. Mereka perlu membawa dokumen yang diperlukan, memakai pakaian yang sesuai untuk temuduga, menjawab soalan dengan baik, perkenalkan diri dan banyak lagi skil temuduga. Pada hari ini, mereka belajar bagaimana kita ingin memulakan sesi temuduga ini dengan perkenalan yang baik dan diterima majikan syarikat.

Aktiviti

Program ini dilakukan secara atas talian. Makanya setiap yang mendaftar masuk program ini perlu menggunakan platform yang telah disediakan. Pengajar telah memberi link facebook live untuk memudahkan orang awam untuk masuk program ini

Galeri Foto