Tarikh : 18 April 2024

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar UNIMEL & Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai Product Development. Pembangunan produk adalah proses pembangunan yang dijalankan dengan teliti pada produk. Pembangunan yang dijalankan ke atas produk dalam pembangunan produk memberi tumpuan kepada usaha untuk mencipta produk baru dan meningkatkan kualiti produk sedia ada.

Aktiviti

Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan Product Development Pengajar mengajar bagaimana inginmeningkatkan hasil jualan dan mengembangkan produk usahawan ke luar.

Galeri Foto

Tarikh : 14 April 2024

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar diberi kuiz sains . Kuiz sains ini dilakukan untuk pelajar mengulangkaji pelajaran sains yang telah mereka pelajari di sekolah.

Aktiviti

Mencari maklumat di laman web yang betul berkaitan subjek pilihan minggu ini. Aktiviti perbincangan di dalam kumpulan dan sesi soal jawab bersama rakan-rakan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan.

Galeri Foto

Tarikh : 07 April 2024

Masa : 10.45 pagi - 11.45 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

E-Tuition DiLea adalah salah satu program digital learning yang dijalankan di setiap NADI. Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai nombor operasi iaitu penambahan, penolakan, pembahagaian, pendaraban, bundar dan lain-lain.

Aktiviti

Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek Matematik yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.

Galeri Foto

Tarikh : 13 April 2024

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pelajar belajar  apa itu STEM IOT. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.

Aktiviti 

Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Kuiz ini melibatkan pelajaran sains dan matematik. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui mengenai sains dan matematik.

Galeri Foto

Tarikh : 06 April 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program kali ini merupakan satu usaha pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Soeharto untuk mengadakan aktiviti di bulan Ramadan. Program ini adalah untuk membantu penduduk setempat dalam melaksanakan tanggungjawab ini dengan menyediakan lokasi pembayaran zakat fitrah dan turut berkerjasama dengan amil yang diamanahkan untuk bahagian kutipan.

Terima kasih kepada Amil Zakat Felda Soeharto atas kerjasama yang diberikan. Turut terima kasih kepada pengunjung yang hadir untuk membuat bayaran zakat dan memilih Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Soeharto sebagai lokasi pilihan.

Aktiviti

Pembayaran zakat dan sedikit tazkirah zakat secara santai.

Galeri Foto