Tarikh : 19 Mei 2024 Masa : 10.45 pagi - 11.45 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
E-Tuition DiLea adalah salah satu program digital learning yang dijalankan di setiap NADI. Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai nombor operasi.
Aktiviti
Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek matematik yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.
Tarikh : 18 Mei 2024 Masa : 12.00 tengah hari - 1.00 petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
E-Tuition DiLea adalah salah satu program digital learning yang dijalankan di setiap NADI. Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai Verb to be.
Aktiviti
Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek bahasa inggeris yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.
Tarikh : 18 Mei 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Menaip adalah satu aktiviti setiap pelajar untuk mahir menaip denga pantas dan betul mengikut huruf besar, huruf kecil, dan simbol. Menaip dalam talian boleh membuat setiap pelajar berlatih menaip dengan pantas dan baik.
Aktiviti
Setiap pelajar diberi masa selama 3 minit untuk menaip setiap perkataan yang telah disediakan dengan pantas dan betul. Link yang diberikan oleh pengajar: https://10fastfingers.com/typing-test/english
Tarikh : 18 Mei 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pelajar belajar apa itu STEM IOT. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.
Aktiviti
Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Kuiz ini melibatkan pelajaran sains dan matematik. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui mengenai sains dan matematik.
Tarikh : 12 Mei 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Pelbagai aktiviti yang dijalankan di NADI Felda Soeharto. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat gubahan bouquet sempena hari guru. Sempena hari guru pasti setiap pelajar akan memberikan hadiah sebagai tanda terima kasih kepada mereka. NADI Felda Soeharto telah mengadakan bengkel untuk menggubah bouquet. Kita boleh lihat kreativiti setiap pelajar dalam menghasilkan bouquet.
Aktiviti
Petugas diberikan tugasan untuk melatih setiap pelajar untuk menggubah bouquet bunga dengan baik dan kreatif. Setiap pelajar diberikan satu beg yang telah diletakkan dalamnya kertas dan bahan-bahan yang lain.