Tarikh : 11 November 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 t/hari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Cuti sekolah hujung tahun semakin hampir. Masa yang ada perlu dimanfaatkan untuk kelas ICT untuk mewujudkan hasil perkembangan pelajar dalam bidang ICT.
Aktiviti
Untuk bengkel hari 1 ini, pelajar yang hadir telah mengikuti beberapa aktiviti seperti berikut :
1. Creating Envelopes
2. Klik Dengan Bijak
3. Typing Test
4. Excel-Calculation & Pie Chart
Tarikh : 10 November 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 t/hari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Cuti sekolah hujung tahun semakin hampir. Masa yang ada perlu dimanfaatkan untuk kelas ICT untuk mewujudkan hasil perkembangan pelajar dalam bidang ICT.
Aktiviti
Untuk bengkel hari 1 ini, pelajar yang hadir telah mengikuti beberapa aktiviti seperti berikut :
1. World Level 1
2. Power Point World
3. Klik Dengan Bijak - Over sharing.
4. Kuiz Mobile E-Waste
5. Publisher - My Calender
Tarikh : 19 Oktober 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : IKBN, Peretak. Peserta : Pensyarah dan Pelajar |
Tujuan
Program Jelajah Klik Dengan Bijak ini adalah bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penggunaan internet secara berhemah.
Aktiviti
Pusat Internet berkongsi tip-tip dan etika penggunaan internet yang positif kepada pelajar yang hadir memandangkan pada zaman ini mereka terdedah dengan kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan. Antara topik yang dibincangkan adalah:
1. Teknologi dan Anda
2. Check Your Label
3. Scammer
4. Online Grooming
Terima kasih kepada pihak pengurusan IKBN, Peretak kerana sudi menerima kunjungan kami. Selain Pusat Internet Felda Soeharto, juga turut serta dalam menjayakan program jelajah ini ialah wakil dari pusat internet :
- Pusat Internet Kalumpang
- Pusat Internet Pekan Kuala Kubu Bharu
- Pusat Internet Taman Lembah Damai
Tarikh : 08 November 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Kelas ICT yang terbuka untuk orang awam untuk menimba ilmu dalam bidang penguasaan komputer. Minggu ini kelas untuk menghasilkan flyers sendiri dengan tujuan perniagaan mahupun acara atau majlis.
Aktiviti
Orang awam yang hadir pada hari tersebut telah mempelajari teknik menghasilkan flyers di Microsoft Publisher. Mereka perlu menghasilkan sendiri flyers ciptaan mereka dan melakukan pembentangan atas pemilihan rekaan mereka.
Tarikh : 22 Oktober 2018 Masa : 3.30 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Ketika ini, kempen mengamalkan gaya hidup sihat kiat dijalankan oleh pelbagai organisasi. Tidak terkecuali Pusat Internet Felda Soeharto untuk turut sama dalam menjayakan kempen yang baik ini. Salah satu caranya dengan melalui pemilihan makanan yang sihat.
Aktiviti
Pekerja pusat internet sendiri yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat juga telah memberi sedikit dorongan kepada orang awam dalam memilih gaya hidup yang sihat. Pada hari tersebut telah ditunjukkan proses penghasilan sosej ayam yang sihat tanpa menambah bahan perisa yang melebihi had tertentu dengan pemilihan bahan yang berkhasiat. Peserta juga berpeluang untuk menghasilkan sosej ayam sendiri dengan bantuan dan kerjasama daripada tenaga pekerja dan rakan lain. Ianya aktiviti yang menyeronokkan di samping memperolehi ilmu baru dalam dunia masakan.