Tarikh : 19 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memberitahu peranti mudah alih tidak boleh terurai dengan semula jadi dan akan menjejaskan kesihatan dan alam sekitar dengan memusnahkannya melalui kotak Mobile E-waste yang terdapat di Pusat Internet Felda Soeharto.
Aktiviti
Melihat tayangan video dan kotak Mobile E-waste.
Tarikh : 18 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Subjek ulangkaji pilihan minggu ini ialah Sains. Mempelajari ilmu Sains yang dapat membantu pencernaan pemikiran kanak - kanak dan memupuk minat di dalam kalangan kanak-kanak hal berkaitan sains.
Aktiviti
Minggu ini belajar berkaitan sistem suria. Pelajar diperkenalkan planet-planet yang terdapat di alam semesta ini, diberitahu nama-nama planet dan jarak planet dari matahari yang mencecah jutaan kilometer. Juga disediakan latihan asas.
Tarikh : 11 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Subjek ulangkaji pilihan minggu ini ialah Sains dan Teknologi. Mempelajari ilmu Sains yang dapat membantu pencernaan pemikiran kanak - kanak.
Aktiviti
Pelajar di beri satu topik mengenai Sains dan teknologi dan diminta untuk membincangkan hal yang berkait. Selain itu, latihan mudah juga di beri agar pelajar merasa lebih faham.
Tarikh : 16 Ogos 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam (Dewasa) |
Tujuan
Kelas ini memberi peluang kepada pelajar pusat internet untuk membuat pembentangan dihadapan orang lain selain dapat meningkatkan keyakinan komunikasi bersama peserta lain.
Aktiviti
Aktiviti minggu ini ialah demontrasi masakan yang di lakukan oleh salah seorang pelajar dewasa dengan membuat popia pisang.
Tarikh : 12 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Seiring dengan teknologi masa kini, ilmu pengetahuan dalam bidang tulisan jawi juga perlu diteruskan khususnya dalam seni tulisan khat. Kini, kepenggunaan tulisan khat juga boleh didapati di carian internet.
Aktiviti
Pelajar yang hadir diberitahu tentang aplikasi tulisan khat di komputer dan di beri latihan asas untuk memahirkan tulisan khat tambahan menimba ilmu dalam pengetahuan tulisan khat.