Tarikh : 07 Julai 2018

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pelajar yang hadir diberi penerangan berkaitan penipuan dalam internet melalui program Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti

Pelajar di beri taklimat berkaitan penipuan dalam internet seperti scam, sebaran maklumat palsu dan sebagainya. Disamping, aktiviti bermain online puzzle untuk memberi kecerian di dalam kelas sekaligus dapat menguji minda.

Galeri Foto

Tarikh : 19 Julai 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya dan pengiraan kalori dalam makanan. Hal ini dapat membantu mereka untuk mengetahui langkah-langkah dalam menyediakan makanan yang berkhasiat. Turut diberi penerangan berkaitan aplikasi Dashboard dan My Health dengan mengadakan kuiz yang terdapat di dalam portal Dashboard. Rata-rata merasakan manfaat yang di beri adalah berguna khususnya dalam pemilihan makanan.

Aktiviti

Peserta yang hadir menjawab kuiz My Health dan melakukan sendiri dalam pengiraan kalori. 

Galeri Foto

Tarikh : 03 Mei 2018 

Masa : 9.00 pagi - 1.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Sukarelawan Kospen (Lokaliti) Felda Soeharto, Sg.Tengi & Sg. Tengi Selatan

 

Tujuan

Pihak PI Felda Soeharto amat berbesar hati kerana telah terplih sebagai lokasi latihan KOSPEN untuk 3 kawasan yang berhampiran. Tujuan program ini dijalakan untuk memberi peringatan dan tunjuk ajar kepada sukarelawan KOSPEN berkaitan kerja-kerja sukarelawan dan peranan yang telah ditetapkan. Program ini merupakan anjuran daripada Pejabat Kesihatan Hulu Selangor. Seramai 10 orang sukarelawan yang hadir mewakili dari Felda Soeharto, Sg. Tengi dan Sg. Tengi Selatan dan program ini dijalankan dari jam 9.00 pagi - 1.00 t/hari. Sukarelawan juga diajar menggunakan komputer untuk mengenali dan mengetahui cara-cara untuk mengisi data di dalam sistem yang di panggil sistem MOVE.

Aktiviti

1. Latihan sistem MOVE

2. Latihan pemeriksaan kesihatan

Galeri Foto

Tarikh : 03 Jun 2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program kali ini merupakan satu usaha pihak Pusat Internet Felda Soeharto untuk mengadakan aktiviti di bulan Ramadan. Program yang di beri nama 'Jom Bayar Zakat' ini adalah untuk membantu penduduk setempat dalam melaksanakan tanggungjawab ini dengan menyediakan lokasi pembayaran zakat fitrah dan turut berkerjasama dengan amil yang diamanahkan untuk bahagian kutipan. Terima kasih kepada Amil Zakat Felda Soeharto, Haji Ahmad bin Khalil atas kerjasama yang diberikan. Turut terima kasih kepada pengunjung yang hadir untuk membuat bayaran zakat dan memilih Pusat Internet Felda Soeharto sebagai lokasi pilihan.

Aktiviti

Pembayaran zakat dan sedikit tazkirah zakat secara santai.

Galeri Foto

Tarikh : 01 April 2018

Masa : 8.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Pengunjung : Penduduk setempat

 

Tujuan

Program bertujuan untuk memberi kesedaran pada penduduk berkaitan gaya hidup yang sihat. Majlis itu juga merupakan kemuncak pada satu pertandingan kesihatan yang dijalankan di PI Felda Soeharto, program pertandingan ICON FITNESS PI Felda Soeharto dijalankan selama 2 bulan bermula Februari - Mac 2018. Peserta yang menyertai perlu berusaha menurunkan berat badan dengan cara yg lebih sihat seperti pemilihan makanan yang betul disamping senaman yang berkesan. 3 peserta yang berjaya menurunkan berat badan terbanyak sekaligus memenangi hadiah menarik ialah :

Juara :  Wang tunai + Hamper + Sijil Penyertaan
Pn. Rubiah Bt Zainah
Rekod Penurunan : 7Kg
 
Kedua : Barangan Elektrik + Sijil Penyertaan
Pn. Che Norzita M.Zain
Rekod Penurunan : 5Kg
 
Ketiga : Barangan Elektrik + Sijil Penyertaan
Pn. Noor Azizah Ibas
Rekod Penurunan : 4Kg
 

Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada KEMAS Hulu Selangor yang di ketuai oleh Puan Norazwa Bt Abu Bakar dimana pihak KEMAS telah menaja untuk hadiah cabutan bertuah dan makanan sihat seperti sandwish yang turut diberi pada pengunjung yang hadir.

Aktiviti

1. Pemeriksaan kesihatan percuma (KOSPEN)                                          4. Zumba

2. Aktiviti riadah, pertandingan golek tayar terpantas (SIS Sado)               5. Taklimat Kesihatan

3. Taklimat Advokasi & Klik Dengan Bijak                                                   6. Cabutan bertuah

Galeri Foto