Tarikh : 09 Ogos 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam (Dewasa) |
Tujuan
Kelas ini memberi peluang kepada pelajar pusat internet untuk membuat pembentangan dihadapan orang lain selain dapat meningkatkan keyakinan komunikasi bersama peserta lain.
Aktiviti
Pembentangan berkaitan ilmu asas edit photoshop. Pembentangan ini dilakukan oleh pelajar yang sudah lama mengikuti kelas di Pusat Internet dan di minta untuk berkongsi ilmu dengan pelajar lain. Latihan asas juga diberi kepada pelajar pada minggu ini untuk memahirkan teknik edit gambar di Adobe Photoshop.
Tarikh : 05 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Penerangan berkaitan keselamatan penggunaan gadget yang disahkan baik untuk digunakan oleh MCMC.
Aktiviti
Tanyangan video berkaitan kempen Check Your Label (CYL) dan sesi penerangan cara-cara untuk mengetahui status gadget yang disahkan baik digunakan oleh MCMC dengan terdapat logo dan nombor kod di setiap gadget seperti telefon, laptop dan walkie-talkie. Pelajar ini juga diberitahu aplikasi CYL juga boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing.
Tarikh : 03 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam (Dewasa) |
Tujuan
Kelas asas ICT ini merupakan kelas untuk orang awam mempelajari dunia komputer. Antara pembelajaran yang dijalankan adalah asas pengenalan komputer, Microsoft Office, video editing dan edit photoshop.
Aktiviti
Pelajar hari ini diberitahu asas pengenalan komputer dan mempelajari kemahiran komputer termasuk Microsoft Word.
Tarikh : 04 Ogos 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas yang mendorong pelajar untuk menimba ilmu dan mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet Felda Soeharto.
Aktiviti
Tenaga pengajar yang juga pekerja Pusat Internet memberi sedikit tunjuk ajar dalam subjek mata pelajaran Bahasa Inggeris (English). Pelajar yang hadir juga di beri latihan asas berdasarkan topik yang dibincangkan.
Tarikh : 02 Ogos 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam (Dewasa) |
Tujuan
Kelas ini memberi peluang kepada pelajar pusat internet untuk membuat pembentangan dihadapan orang lain selain dapat meningkatkan keyakinan komunikasi bersama peserta lain. Selain itu diterangkan juga berkaitan Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Pembentangan berkaitan cara menangkap serangga menggunakan botol plastik terpakai. Peserta juga dibenarkan untuk membawa barangan yang sesuai dan menunjukkan cara penangkapan serangga yang berkesan.