Tarikh : 15 Februari 2024

Masa : 2.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Kelas ini anjuran bersama Postal Forum MCMC, KEMAS dan PEDi Felda Soeharto. Untuk sesi pertama, Rakan Dogital membentangkan mengenai apa itu shopee dan penggunaan AI Image. Untuk sesi kedua, Postal Forum dari MCMC membentangkan mengeanai bagaimana seorang usahawan menghantar barang jualan mereka menggunakan penghantaran yang sesuai dengan harga yang murah. Dan untuk sesi terakhir adalah bersama dengan KEMAS menghasilkan bunga menggunakan dawai baldu.

Aktiviti

Pengajar memulakan sesi pembelajaran dengan memperkenalkan apa itu platform shopee dan AI Image. Selepas itu, postal forum menerangkan mengenai servis penghantaran barang. Dan terakhir, menghasilkan bunga baldu menggunakan dawai baldu bersama KEMAS.

Galeri Foto

Tarikh : 13 -14 Februari 2024

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : orang awam

 

Tujuan

PADU merupakan singkatan bagi Pangkalan Data Utama yang memusatkan semua data-data kita yang telah dikumpul dari semua agensi-agensi kerajaan seperti LHDN, KWSP, JPJ dan sebagainya. Antara data yang disimpan dalam PADU adalah seperti maklumat terkini pekerjaan anda dan pendapatan kewangan anda. Untuk makluman PADU dan ID Digital Nasional adalah dua benda yang berbeza. ID Digital Nasional adalah pengenalan diri anda secara digital yang memudahkan urusan dalam talian. Kelak PADU dan ID Digital Nasional akan diintegerasikan. Dengan menyatupadukan semua maklumat diri dari setiap agensi kerajaan, peluang untuk berlaku pertindihan data dan maklumat yang saling bercanggah adalah kurang.

Aktiviti

Pekerja PEDi Felda Soeharto dan pihak DOSM bersama-sama membantu komuniti untuk mengemaskini sisitem PADU ini dan pastikan setiap data yang diisi perlulah lengkap dan dapat pengesahan setiap kali pendaftaran.  Setiap isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas perlu mengisi maklumat di dalam sistem PADU. 

Galeri Foto

Tarikh : 04 Februari 2024

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : orang awam

 

Tujuan

Banci Pertanian adalah penghitungan menyeluruh mengenai pertubuhan-pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ada di Malaysia. Manakala, PADU merupakan singkatan bagi Pangkalan Data Utama yang memusatkan semua data-data kita yang telah dikumpul dari semua agensi-agensi kerajaan seperti LHDN, KWSP, JPJ dan sebagainya. Antara data yang disimpan dalam PADU adalah seperti maklumat terkini pekerjaan anda dan pendapatan kewangan anda. Untuk makluman PADU dan ID Digital Nasional adalah dua benda yang berbeza. ID Digital Nasional adalah pengenalan diri anda secara digital yang memudahkan urusan dalam talian. Kelak PADU dan ID Digital Nasional akan diintegerasikan. Dengan menyatupadukan semua maklumat diri dari setiap agensi kerajaan, peluang untuk berlaku pertindihan data dan maklumat yang saling bercanggah adalah kurang.

Aktiviti

Pekerja PEDi Felda Soeharto dan pihak DOSM bersama-sama membantu komuniti untuk mengemaskini sisitem PADU ini dan pastikan setiap data yang diisi perlulah lengkap dan dapat pengesahan setiap kali pendaftaran.  Setiap isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas perlu mengisi maklumat di dalam sistem PADU. Temuduga pemilihan pekerja bagi banci pertanian juga turut diadakan.

Galeri Foto

Tarikh : 08 Februari 2024

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : orang awam

 

Tujuan

Kelas ini anjuran bersama Rakan Digital untuk membantu usahawan berniaga secara atas talian. Sebagai contoh, usahawan menggunakan platform shopee untuk memudahkan mereka berniaga di platform tersebut. Mereka akan diajar dari asas sehingga mereka dapat berniaga dengan lancar dalam shopee.

Aktiviti

Pengajar memulakan sesi pembelajaran dengan memperkenalkan apa itu platform shopee. Selepas itu, pengajar mengajar peserta bagaimana mahu daftar baru dalam shopee.

Galeri Foto

Tarikh : 03 Februari 2024

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai pecahan.

Aktiviti

Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek Matematik yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.

Galeri Foto