Tarikh : 01 Oktober 2023

Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama TikTok untuk menerangkan mengenai pengenalan tiktok dan bagaimana nak buka tiktok business. TikTok ialah aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna mencipta, menonton dan berkongsi video 15 saat yang dirakam pada peranti mudah alih atau kamera web. TikTok Shop membolehkan jenama mempamerkan dan menjual produk untuk ditemui dan dibeli oleh komuniti TikTok. Pihak TikTok menerangkan bagaimana cara untuk mendaftar tiktok bisnes dengan betul.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai bagaimana ingin mendaftar tiktok bisnes untuk perniagaan.

Galeri Foto

Tarikh : 25 September 2023

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Sesi webinar ini dijalankan untuk membentangkan topik  mengenai SSM. Pihak ssm menerangkan apa itu ssm dan jenis2 ssm yang disediakan. Pihak ssm jugak menerangkan bagaimana ingin mendaftar dan memperbaharui ssm untuk usahawan-usahawan. Banyak kelebihan apabila usahawan mempunyai ssm.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai apa itu ssm. Bagaimana cara mendaftar ssm dengan betul dan memperbaharui ssm mengikut tahun.

Galeri Foto

Tarikh : 24 September 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Aktiviti cuti sekolah adalah salah satu aktiviti anak-anak untuk luangkan masa dengan aktiviti-aktiviti seperti kelas, latihan dan lain-lain. Pada hari ini, PEDi Felda Soeharto mengadakan kelas e-pembelajaran cara membina bangunan di komputer. Kelas ini dibuat untuk menonton cara membuat bangunan yang cantik dan kukuh melalui saluran youtube. Dari saluran itu, kita boleh lihat idea-idea yang akan dikeluarkan untuk membuat bangunan ini oleh setiap pelajar.

Aktiviti

Program ini dilakukan di PEDi Felda Soeharto. Pengajar memberi latihan dengan menonton youtube untuk cara membina bangunan yang bagus dan kukuh secara atas talian. Setiap pelajar diberi satu komputer untuk menonton cara membina bangunan.

Galeri Foto

 

Tarikh : 24 September 2023

Masa : 3.30 pm - 4.30 pm

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

 

Tujuan

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang digunapakai oleh masyarakat Cina di Malaysia. Justeru, bahasa Mandarin semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu dan India untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Aktiviti

Pengajar akan membuat satu sesi pembelajaran dengan membenarkan pelajar untuk bersuara semasa pembelajaran dijalankan.Hal ini demikian kerana memudahkan pengajar mendengar pelajar menyebut setiap perkataan yang diajar. Justeru, pengajar dapat memperbetulkan sebutan mereka secara terbuka dan pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas. 

Galeri Foto

Tarikh : 24 September 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, Pelajar belajar  apa itu STEM IOT. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. 

Aktiviti

Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Kuiz ini melibatkan pelajaran sains dan matematik. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui mengenai sains dan matematik.

Galeri Foto