Tarikh : 21 Oktober 2023

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program Kesedaran dan Perkasa komuniti dengan kerjasama pelbagai agensi ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan memperkasa komuniti mengenai perkhidmatan tambahan yang ada di PEDi seperti Digital Payment, Ecommerce, Tuisyen online dan pelbagai lagi. Selain itu, PEDi Felda Soeharto mengadakan pertandingan menu masakan sihat terbuka untuk komuniti Felda Soeharto wanita dewasa. Pertandingan ini khusus untuk menyediakan masakan sihat yang menarik dan mengikut kriteria yang ditetapkan dari segi rasa, kreativiti, hiasan dan lain-lain. 

Aktiviti

Menu masakan sihat disediakan oleh peserta dan juri merasa setiap masakan dan menilai. Seramai 10 orang peserta yang terlibat dalam pertandingan menu masakan sihat.

Galeri Foto

Tarikh : 21 Oktober 2023

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program Kesedaran dan Perkasa komuniti dengan kerjasama pelbagai agensi ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan memperkasa komuniti mengenai perkhidmatan tambahan yang ada di PEDi seperti Digital Payment, Ecommerce, Tuisyen online dan pelbagai lagi. Selain itu, PEDi Felda Soeharto mengadakan pertandingan permainan dam haji terbuka untuk komuniti Felda Soeharto lelaki dewasa da kanak-kanak. Permainan ini dimainkan dengan cara menggerakkan buah dam setapak ke hadapan iaitu secara mengereng ke kiri atau ke kanan sehingga buah dam mencapai status 'buah aji'. Pemain tidak dibenarkan menggerakkan buah dam miliknya ke belakang kecuali buah dam yang mencapai status 'buah aji' sahaja.

Aktiviti

Permainan dam haji ditentukan oleh siapa yang memenangi dahulu dan dikira sebagai pemenang. Juri akan menetapkan pemenang. Seramai 6 orang yang terlibat dalam permainan dam haji ini.

Galeri Foto

Tarikh : 19 Oktober 2023

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar diberi kuiz mengenai Food Chain. Rantai makanan adalah Hubungan makanan di antara benda hidup dalam sesuatu habitat diwakili oleh rantai makanan. Setiap pelajar perlu mengetahui kategori haiwan pemangsa, yang makan tumbuhan dan lain-lain. Selain itu. pelajar diberi latihan jigsaw puzzle untuk mencantumkan bahagian yang terpisah dijadikan satu gambar yang lengkap. Akhir sekali, pelajar perlu membaca klik dengan bijak.

Aktiviti

Pengajar memberi kuiz mengenai food chain dan pelajar perlu membuat eksperimen. Selain itu, pengajar memberi arahan untuk pelajar membuka jigsaw puzzle untuk mencantumkan bahagaian yang terpisah menjadi satu gambar. Akhir sekali, klik dengan bijak.

Galeri Foto

Tarikh : 21 Oktober 2023

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Terima kasih kepada seluruh komuniti Felda Soeharto dan Tuan Penghulu Hulu Bernam Utara Tuan Muhamad Sareh  kerana sudi hadir ke Pedi Felda Soeharto bekerjasama dan memberi sumbangan kepada komuniti Felda Soeharto di Program Kesedaran dan Perkasa komuniti dengan kerjasama pelbagai agensi pada 21.10.2023, Sabtu. Program ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan memperkasa komuniti mengenai perkhidmatan tambahan yang ada di PEDi seperti Digital Payment, Ecommerce, Tuisyen online dan pelbagai lagi. Agensi yang turut terlibat adalah kerjasama dari Telekom Malaysia Berhad (TMB), MSD Digital Intelligence Sdn Bhd, Malaysia Corruption Watch (MCW), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Pedi Felda Soeharto, Muhadijah dan PEDi Kluster Hulu Selangor.
 

Aktiviti

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung , cabutan bertuah, Taklimat ecommerce, eservice, Digital Payment, Penyakit tidak berjangkit, DiLea, Tm unifi, MCW, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Kuiz Keselamatan Komputer dan Internet, Kuiz Stem Iot, Taklimat Usahawan, pertandingan mewarna, pertandingan menu masakan sihat, Pertandingan Dam dan pertandingan teka berat.

Galeri Foto

Tarikh : 18 Oktober 2023

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar diberi kuiz mengenai Electricity Circuit. Rangkaian elektrik adalah saling hubungan antara elemen elektrik seperti perintang, induktor, kapasitor, sumber voltan, sumber dan suis semasa. Setiap pelajar perlu menguji jika tukar bahan2 yang disediakan apa yang akan berlaku pada lampu. Adakah malap atau terang?. Selain itu. pelajar diberi latihan fast typing untuk menguji kelajuan menaip setiap perkataan yang disediakan. Akhir sekali, pelajar perlu membaca sebenarnya.my untuk melihat berita-berita yang benar.

Aktiviti

Pengajar memberi kuiz mengenai electricity circuit dan pelajar perlu membuat eksperimen. Selain itu, pengajar memberi arahan untuk pelajar membuka fast tying untuk menguji kelajuan menaip. Akhir sekali, sebenarnya.my pelajar perlu membaca maklumat yang benar di situ.

Galeri Foto