Tarikh : 16 November 2023

Masa : 4.30 petang - 5.30 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi keempat, pelajar diberi tontonan video tokoh sejarah islam iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih. Sultan Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraansainsmatematik dan menguasai enam bahasa (bahasa TurkiYunaniHebrewArabParsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Aktiviti

Pengajar membuka video mengenai tokoh sejarah islam untuk memperkenalkan kepada pelajar siapa Sultan Muhammad Al-Fatih. Setelah habis tayangan video, pengajar memberikan soalan kepada pelajar dan pelajar perlu menjawab dengan betul.

Galeri Foto

Tarikh : 16 November 2023

Masa : 4.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi ketiga, pelajar diberi tontonan video klik dengan bijak mengenai pengantunan dalam talian. Video ini menceritakan bagaimana pelajar perlu mengawal sosial media yang mereka miliki kearah yang baik. 

Aktiviti

Pengajar membuka video mengenai klik dengan bijak iaitu pengantunan dalam talian. Pelajar perlu menonton video itu dan pengajar memberikan soalan untuk mereka jawab.

Galeri Foto

Tarikh : 16 November 2023

Masa : 3.00 petang - 4.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi pertama, pelajar diberi kuiz pendidikan islam. Kuiz pendidikan islam ini diadakan bagi pelajar mengulangkaji pelajaran dan memahami apa yang mereka belajar sepanjang di sekolah. 

Aktiviti

Pengajar memberi arahan untuk membuka kuiz pendidikan islam. Pelajar perlu membuka dan tunggu arahan daripada pengajar. Pelajar perlu menjawab soalan dengan betul.

Galeri Foto

Tarikh : 16 November 2023

Masa : 3.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi kedua, pelajar perlu menonton video mengenai bagaimana menghasilkan straw plan menggunakan kertas dan straw. Setelah itu, pelajar perlu menghasilkan straw plane ini dengan kreatif mengikut video yang mereka tonton. Akhir sekali, setelah selesai pelajar perlu mencuba untuk menerbangkan straw plane. 

Aktiviti

Pengajar membuka video mengenai cara menghasilkan straw plane di youtube. Setelah itu, pelajar diberi 2 helai kertas yang berbeza saiz dan satu straw setiap pelajar. Pelajar perlu mencantumkan bahan-bahan yang telah disediakan. Hasil mereka boleh bawa ke rumah.

Galeri Foto

Tarikh : 9 November 2023

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Pihak Tiktok mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama TikTok untuk menerangkan mengenai bagaimana nak menguruskan perniagaan di dalam tiktok for business dan bagaimana kita nak dapatkan view untuk livestreaming di tiktok shop. TikTok Shop membolehkan jenama mempamerkan dan menjual produk untuk ditemui dan dibeli oleh komuniti TikTok. Pihak TikTok menerangkan bagaimana cara untuk mendaftar tiktok bisnes dengan betul.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai bagaimana cara nak menguruskan perniagaan atau jualan di tiktok shop.

Galeri Foto