Tarikh : 01 Ogos 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Menaip adalah satu aktiviti setiap pelajar untuk mahir menaip denga pantas dan betul mengikut huruf besar, huruf kecil, dan simbol. Menaip dalam talian boleh membuat setiap pelajar berlatih menaip dengan pantas dan baik.
Aktiviti
Setiap pelajar diberi masa selama 3 minit untuk menaip setiap perkataan yang telah disediakan dengan pantas dan betul. Link yang diberikan oleh pengajar: https://10fastfingers.com/typing-test/english
Tarikh : 18 Julai 2024 Masa : 8.00 malam - 9.30 malam Tempat : Masjid At-Taufiqiah Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Pada 18 Julai 2024, Masjid AT- Taufiqiah telah mengadakan program imarahkan masjid bersama PDRM Malaysia. Pada hari tersebut pegawai PDRM telah memberikan taklimat kepada komuniti Felda Soeharto mengenai jenayah scammer dan hati-hati pada penjenayah. Pihak masjid telah menjemput pengurus felda, JKKR, MBFM, Ketua Kampung dan NADI Felda Soeharto untuk menghadiri taklimat tersebut. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjemput NADI Felda Soeharto sebagai sebahagian daripada komuniti untuk mendengar takilimat ini. Tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi peringatan untuk jauhkan diri daripada scammer dan perlu berhati-hati dengan penjenayah.
Aktiviti
Petugas NADI Felda Soeharto menghadiri taklimat tersebut yang diadakan di Masjid At-Taufiqiah bersama2 komuniti felda soeharto.
Tarikh : 16 Julai 2024 Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai anjakan teknologi. Anjakan teknologi merujuk kepada perubahan atau peralihan dalam teknologi yang membawa kepada kemajuan atau perkembangan yang signifikan dalam cara sesuatu dilakukan atau dihasilkan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan dan produkitiviti, memudahkan akses kepada maklumat dan sumber, meningkatkan kualiti hidup dan membuka peluang baru.
Aktiviti
Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai anjakan teknologi. Pengajar mengajar bagaimana ingin mengetahui apa yang ada dalam anjakan teknologi. Pengajar memberikan kuiz kepada pelajar dan perlu menjawab dengan betul.
Tarikh : 17 Julai 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama TikTok untuk menerangkan mengenai advance tiktok for business. Beberapa pengajar yang terdiri daripada coach yang dilatih oleh MDEC mengajar kelas ini. TikTok ialah aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna mencipta, menonton dan berkongsi video 15 saat yang dirakam pada peranti mudah alih atau kamera web. TikTok Shop membolehkan jenama mempamerkan dan menjual produk untuk ditemui dan dibeli oleh komuniti TikTok. Pihak TikTok menerangkan cara untuk mendaftar tiktok bisnes dengan betul, meletakkan beg kuning untuk produk, cara membuat live streaming dan lain-lain.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh jurulatih-jurulatih dari MDEC. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai bagaimana ingin mendaftar tiktok bisnes untuk perniagaan, mempromosikan produk, meletakkan beg kuning, cara membuat live streaming tanpa ada kesalahan dan lain-lain.
Tarikh : 09 Julai 2024 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Tempat : NADI Taman Seri Serendah Peserta : Pengurus dan Penolong Pengurus NADI Hulu Selangor |
Tujuan
Program ini anjuran bersama NADI Hulu Selangor yang diadakan di NADI Taman Seri Serendah. Program ini untuk memberi latihan kepada pengurus dan penolong pengurus NADI Hulu Selangor mengenai aplikasi yang boleh digunakan dalam robotik. Pada hari ini, mereka mempelajari mengenai robotik. Mereka belajar bagaimana cara berfungsi apabila kita membina satu robot.Selain itu, mereka juga mempelajari klik dengan bijak. Mereka juga diberikan bagaimana ingin menggunakan block coding untuk menggerakkan robot dan drone.
Aktiviti
Sesi pertama, pengajar mengajar apa itu javascript dan lain-lain. Seterusnya, pengajar mengajar bagaimana hendak masukkan coding dengan betul untuk kegunaan robot dan drone.