Tarikh : 09 Julai 2024

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai 4ps dalam pemasaran. 4P dalam pemasaran adalah faktor keberhasilan pemasaran barang atau jasa yang terdiri dari product (produk), price (harga), place (tempat), dan promotion (promosi). Elemen dari strategi pemasaran 4P adalah seperti berikut:Product (Produk), Price (Harga),Place (Tempat) dan Promotion (Promosi). Tujuannya adalah untuk meningkatkan brand awareness, mempengaruhi perilaku pembelian konsumen, dan meningkatkan penjualan.

 

Aktiviti

Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai 4ps dalam pemasaran . Pengajar mengajar bagaimana ingin mengetahui apa yang ada dalam 4ps untuk pemasaran. Pengajar memberikan kuiz kepada pelajar dan perlu menjawab dengan betul.

Galeri Foto

Tarikh : 07 Julai 2024

Masa : 7.30 Pagi - 10.00 Pagi

Tempat : Dewan Semai Bakti Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Hari Peneroka yang jatuh pada 7 Julai, ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas Felda. Tarikh keramat ini adalah hari penghormatan kepada peneroka Felda yang telah menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya. Mereka adalah hero yang tidak didendang. Karnival Segalanya Felda akan turut memperingati pengorbanan dan meraikan sumbangan serta peranan peneroka Felda di dalam kehidupan seharian kita. Program ini dijalankan di semua Felda dan Felda Soeharto adalah salah satu yang mengikuti program ini. NADI Felda Soeharto membuka pameran pada program tersebut bagi menyokong dan memeriahkan program mereka. Terdapat juga jualan daripada usahawan-usahawan setempat.

Aktiviti

Petugas NADI Felda Soeharto membuka pameran di Dewan Semai Bakti Felda Soeharto. Terdapat kuiz klik dengan bijak, pameran NADI dan pemeriksaan kesihatan. Bagi kuiz akan diberikan hadiah kepada yang menjawab dengan betul.

Galeri Foto

Tarikh : 03 Julai 2024

Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto mengadakan pembukaan kaunter KWSP bagi komuniti felda untuk mendapatkan bantuan caruman yang sesuai, pemeriksaan akaun kwsp dan lain-lain.KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bertujuan untuk memastikan simpanan anggota selamat dan mendapat dividen yang berpatutan.

Aktiviti

Pihak KWSP telah hadir ke NADI Felda Soeharto bagi membantu komuniti untuk menyemak akaun kwsp mereka dan mencarum dengan pihak yang sepatutnya. Komuniti telah hadir ke NADI Felda Soeharto bagi menyemak akaun mereka.

Galeri Foto

Tarikh : 03 Julai 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto mengadakan program membuat snek sihat marshmallow nougat bersama usahawan. Pada hari ini, Rakan Digital NADI Felda Soeharto menerangkan bagaimana hendak membuat snek kesihatan yang mudah dan senang untuk dibuat oleh semua usahawan. Selain itu, Rakan Digital juga menerangkan bagaimana usahawan ingin berniaga produk mereka di dalam shopee.

Aktiviti

Rakan Digital diberi tugasan untuk menereangkan bagaimana ingin membuat snek kesihatan yang mudah dan cepat. Selain itu, Rakan Digital jugak menerangkan bagaimana ingin menjual produk usahawan dalam shopee.

Galeri Foto

Tarikh : 02 Julai 2024

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai etika perniagaan. Etika perniagaan merujuk kepada panduan moral dan standard yang menentukan tindakan yang sesuai atau tidak sesuai dalam lingkungan perniagaan. Tujuan etika perniagaan adalah untuk memastikan sikap moral yang konsisten di dalam perusahaan.

 

Aktiviti

Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai etika perniagaan . Pengajar mengajar bagaimana ingin mengetahui etika yang perlu dilaksanakan dalan sesebuah perniagaan. Pengajar memberikan kuiz kepada pelajar dan perlu menjawab dengan betul.

Galeri Foto