Tarikh : 10 Disember 2023 Masa : 10.45 pagi - 11.45 pagi Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan.
Aktiviti
Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek Matematik yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.
Tarikh : 09 Disember 2023 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Penggunaan email adalah penting untuk kegunaan masa kini. Setiap pekerjaan menggunakan email sebagai cara untuk komunikasi. PEDi Felda Soeharto membantu komuniti untuk mencipta satu email untuk memudahkan urusan persekolahan, pejabat, urusan luar dan lain-lain. PEDi membantu dari awal bagaimana nak buka email sehingga menghantar email kepada yang lain.
Aktiviti
Pengajar membantu komuniti bagaimana ingin buka email yang baru dan cara untuk menghantar email kepada yang lain. Komuniti dapat membuat email yang baru dengan bantuan pengajar.
Tarikh : 07 Disember 2023 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama TikTok untuk menerangkan mengenai advance tiktok for business. Beberapa pengajar yang terdiri daripada coach yang dilatih oleh MDEC mengajar kelas ini. TikTok ialah aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna mencipta, menonton dan berkongsi video 15 saat yang dirakam pada peranti mudah alih atau kamera web. TikTok Shop membolehkan jenama mempamerkan dan menjual produk untuk ditemui dan dibeli oleh komuniti TikTok. Pihak TikTok menerangkan cara untuk mendaftar tiktok bisnes dengan betul, meletakkan beg kuning untuk produk, cara membuat live streaming dan lain-lain.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh jurulatih-jurulatih dari MDEC. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai bagaimana ingin mendaftar tiktok bisnes untuk perniagaan, mempromosikan produk, meletakkan beg kuning, cara membuat live streaming tanpa ada kesalahan dan lain-lain.
Tarikh : 08 Disember 2023 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama syarikat RedRadar International. Webinar ini mengenai solusi bina dan urus pasukan bagi syarikat SME. Panel menerangkan bagaimana syarikat ingin menguruskan syarikat terutama sekali bahagian pengurusan sumber manusia bagi memastikan pekerja mengikuti sop yang disediakan dan pengurus perlu memastikan kebajikan pekerja di jaga dengan rapi. Panel juga memperkenalkan sistem yang memudahkan pengurusan sumber manusia untuk masukkan data pekerja dengan lebih teratur.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh panel jemputan. Panel menerangkan cara untuk menguruskan pasukan dengan lebih teratur dan memperkenalkan sistem yang sesuai untuk bahagian sumber manusia untuk mengemaskini data pekerja dengan lebih teratur.
Tarikh : 22 November 2023 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama TikTok untuk menerangkan mengenai advance tiktok for business. TikTok ialah aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna mencipta, menonton dan berkongsi video 15 saat yang dirakam pada peranti mudah alih atau kamera web. TikTok Shop membolehkan jenama mempamerkan dan menjual produk untuk ditemui dan dibeli oleh komuniti TikTok. Pihak TikTok menerangkan bagaimana cara untuk mendaftar tiktok bisnes dengan betul.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai bagaimana ingin mendaftar tiktok bisnes untuk perniagaan.