Tarikh : 21 November 2023 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Kelas ini anjuran bersama Rakan Digital untuk membantu usahawan berniaga secara atas talian. Kelas Fotografi ini dijalankan bagi memudahkan usahawan untuk mengambil gambar dari pelbagai sudut untuk menarik perhatian pembeli di platform Shopee. PEDi Felda Soeharto menyediakan mini photo booth untuk memudahkan usahawan untuk mengambil gambar mengikut kreativiti usahawan itu sendiri.
Aktiviti
Pengajar memulakan sesi pembelajaran dengan mengajar bagaimana hendak mengambil gambar dari pelbagai sudut dan setelah mengambil gambar perlu edit masuk ke dalam platform Shopee. Pengajar menagajar usahawan menggunakan mini photo booth yang telah disediakan oleh PEDi.
Tarikh : 17 November 2023 Masa : 4.30 petang - 5.30 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi keempat, pelajar menonton video klik dengan bijak mengenai scammer dan keselamatan pengguna internet. Zaman sekarang banyak scammer yang dah berleluasa menyebabkan ramai yang tertipu dengan mereka. Pentingnya program kesedaran untuk memberitahu kepada semua golongan berhati-hati ketika menggunakan internet kerana scammer di luar sana menunggu untuk mereka menggunakan anda untuk menipu.
Aktiviti
Pengajar membuka video klik dengan bijak mengenai scammer dan keselamatan pengguna internet. Setelah selesai pelajar menonton video, pengajar memberi soalan dan pelajar perlu menjawan soalan dengan betul.
Tarikh : 17 November 2023 Masa : 3.30 petang - 4.30 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi kedua, pelajar diberi latihan menaip iaitu membuat surat rasmi. Surat rasmi ini penting untuk setiap pelajar pelajari kerana jika ingin memohon apa-apa bantuan, mereka boleh buat surat rasmi. Selain itu, melatih setiap pelajar untuk menaip.
Aktiviti
Pengajar memberi latihan format surat rasmi untuk setiap pelajar menaip. Pelajar perlu mengikut format yang disediakan dan ubah sedikit atau ikut sama mengikut format surat rasmi tersebut.
Tarikh : 17 November 2023 Masa : 4.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi ketiga, pelajar diberi keterangan mengenai KITAR. KITAR adalah Peranti Lama, Nafas Baharu (sebelum ini dikenali sebagai “Mobile e-Waste: Old Phone, New Life”) merupakan inisiatif yang pada mulanya dilancarkan pada Ogos 2015 dan dilancarkan semula sebagai KITAR pada November 2022. Objektif utamanya adalah untuk menyokong kepentingan pelupusan selamat alam sekitar dan kitar semula peranti mudah alih akhir hayat (EOL).
Aktiviti
Pengajar memberi keterangan mengenai KITAR dan menunjukkan bagaimana proses KITAR. Pengajar juga memberi soalan kepada pelajar mengenai KITAR dan pelajar perlu menjawab dengan betul dan mendapat hadiah.
Tarikh : 17 November 2023 Masa : 3.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SRA Kampung Soeharto telah hadir ke PEDi Felda Soeharto untuk menjalani program ICT. Untuk sesi pertama, pelajar belajar apa itu STEM IOT. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.
Aktiviti
Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Kuiz ini melibatkan pelajaran sains dan matematik. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui mengenai sains dan matematik.