Nama : Nurul Haida binti Tun Musa

Umur  : 29 tahun

Ahli     : 2018

 

 

Latar belakang

Saya merupakan agent produk kecantikan Nurraysa yang memulakan penjualan ini bermula pada tahun 2018. Saya juga anak jati Felda Soeharto dan memulakan perniagaan di sekitar Felda Soeharto terlebih dahulu sebelum ke kawasan lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT, saya ada menimba ilmu dalam dunia perniagaan namun secara tidak meluas dan sumber yang terhad. Itu menyebabkan saya sering tidak mendapat tempat dalam promosi barangan di media sosial khususnya. Selain itu, saya kurang kemahiran dalam bidang komputer dan ICT yang menyebabkan banyak perkara yang terhalang sehingga saya tidak dapat mempromosi produk dengan lebih meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Komuniti Felda Soeharto, ilmu perniagaan saya semakin meningkat khususnya cara saya menjual produk di sosial media, platform seperti kelas Facebook dan Shopee banyak membantu saya untuk menguruskan perniagaan dan mengembangkan lagi jualan di merata tempat. Daya komunikasi jualan juga semakin baik dari masa ke masa.

ss

 

 

Nama : Muhammad Haziq bin Naszeri

Umur  : 18 tahun

Ahli     : 2016

 

 

Latar belakang

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Soeharto dan akan menduduki peperiksaan SPM pada awal tahun ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini, saya tidak mahir menggunakan komputer dan tidak cukup kemahiran untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, kemahiran komputer saya semakin mahir, malah banyak kerja sekolah yang saya buat dapat rujukan di internet dari sumber yang sah.

haziq

Nama : Siti Nursuhaidah Binti Abdul Wahab

Umur  : 33 tahun

Ahli     : 2015

 

Latar belakang

Saya merupakan usahawan pelitup muka atau facemask yang di perbuat daripada kain yang berkualiti. Bermula daripada pandemik Covid-19, saya mula memulakan perniagaan ini kerana permintaan yang tinggi. Saya juga anak jati Felda Soeharto, dan di kawasan ini sangat memerlukan pelitup muka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, saya hanya tahu menjual dengan hebahan mulut adan aplikasi WhatsApp sahaja. Pendapatan saya tidak sebanyak mana kerana jualan yang tidak meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Soeharto, saya mengetahui lebih banyak platform jualan untuk mengembangkan lagi hasil tangan saya. Di Pusat Internet juga saya dapat mencari ilmu pembuatan yang betul dan kreatif dengan tontonan video dengan tiada gangguan internet.

 

130120211130120212

Nama : Muhammad Lokman Hakim Bin

             Borhan Nudin

Umur  : 11 tahun

Ahli     : 2019

 

Latar belakang

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Soeharto dan sekarang masih di darjah 5.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, saya tidak faham dalam penggunaan komputer dan masih tercari-cari di manakah dan bagaimana untuk saya mengetahui ilmu komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penggunaan ICT saya sedikit mahir menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan kerja sekolah saya dapat saya siapkan dengan mencari maklumat di internet.

celik it

Nama : Atieqah Binti Zulkifly

Umur  : 31 tahun

Ahli     : 2020

 

Latar belakang

Puan Atieqah merupakan agent produk kesihatan bayi Tasneem yang memulakan penjualan ini bermula pada tahun 2018. Beliau juga anak jati Felda Soeharto dan memulakan perniagaan di sekitar Felda Soeharto terlebih dahulu sebelum ke kawasan lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau ada menimba ilmu dalam dunia perniagaan namun secara tidak meluas dan sumber yang terhad. Itu menyebabkan Puan Atieqah sering tidak mendapat tempat dalam promosi barangan di media sosial khususnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Felda Soeharto, ilmu perniagaannya semakin meningkat khususnya cara menjual produk di sosial media, platform seperti kelas Facebook dan Shopee banya membantu beliau untuk menguruskan perniagaan dan mengembangkan lagi jualan di merata tempat. Daya komunikasi jualan juga semakin baik dari masa ke masa.

atieqah 1  atieqah 2