Tarikh : 07 Oktober 2024 Masa : 10.00 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Webinar NADI2U Mahir ini bertujuan sebagai pengenalan kepada komuniti NADI berkaitan kursus kemahiran yang ditawarkan oleh NADI. Terdapat lima kursus kemahiran yang ditawarkan iaitu mahir masak, mahir jahit, mahir pertanian pintar, mahir baiki telefon dan mahir foto. Kursus kemahiran ini ditawarkan secara percuma dan dijalankan secara atas talian sepanjang pembelajaran. peserta yang menyertai kursus ini akan mendapat sijil kemahiran yang diktiraf oleh Giatmara.
Aktiviti
Sesi bengkel ini dibentangkan oleh panel jemputan secara atas talian. Panel menerangkan kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan oleh NADI Mahir. Orang awam diberi penerangan yang lebih terperinci berkaitan kursus ini. Di Akhir sesi, terdapat aktiviti cabutan bertuah sebagai daya tambah untuk menarik minat orang awam.
Tarikh : 06 Oktober 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program yang dijalankan adalah e-pembelajaran. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah mengulangkaji pelajaran dan mencari sumber ilmiah yang tidak diajar dibilik darjah. Program ini juga membantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT dalam kehidupan mereka. Kemahiran ICT ini amat penting kerana pada masa kini banyak menggunakan ICT dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Sesi pertama pelajar diminta untuk menjawab kuiz bahasa inggeris. Kuiz ini membentuk ketangkasan minda pelajar dalam berfikir dengan cepat. Setelah itu, pelajar diminta untuk menjawab kuiz bahasa melayu dimana pelajar menyusun semula ayat yang betul dan memilih ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan yang diberikan.
Tarikh : 18 September 2024
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Pelajar Sekolah
|
Tujuan
Program yang dijalankan adalah Maxis eKelas dimana program ini memberikan pembelajaran digital di luar bilik darjah kepada pelajar dengan akses percuma dan cara pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Aktiviti
Pelajar menonton video pembelajaran dan menjawab kuiz yang telah disediakan didalam laman web eKelas tersebut. Kuiz ini merangkumi pelajaran matematik dan bahasa melayu. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan matematik dan bahasa melayu.
Tarikh : 20 September 2024
Tempat : NADI Felda Soeharto
Peserta : Pelajar Sekolah
|
Tujuan
Program yang dijalankan adalah program NADI X Mahir dengan kerjasama Kemas Felda Soeharto. program ini memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dengan kemahiran jahitan dimana setiap pelajar diminta untuk menjahit dan menghasilkan batu seremban dengan bantuan tenaga pengajar daripada kemas. kemahiran ini boleh dijadikan asas kepada kehidupan seharian mereka.
Aktiviti
Didalam sesi ini pengajar menerangkan aktiviti dan langkah-langkah yang mereka perlukan. seterusnya, pelajar diminta untuk menjahit sendiri batu seremban mereka disamping bimbingan daripada pengajar dari Kemas Felda Soeharto
Tarikh : 15 September 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program yang dijalankan adalah Klik dengan Bijak dan kelas ICT. Sesi pertama adalah klik dengan bijak. Setiap pelajar perlu menonton video mengenai maklumat palsu. Setelah itu, mereka perlu menjawab soalan klik dengan bijak yang telah disediakan oleh pengajar. Setelah selesai, mereka diberi arahan untuk kelas ICT pula. Kelas ICT iaitu word search online. Setiap pelajar perlu mencari perkataan yang telah disediakan.
Aktiviti
Sesi pertama pengajar perlu memberi keterangan mengenai klik dengan bijak dan memberi soalan kepada pelajar. Setelah itu, setiap pelajar perlu mencari perkataan dalam kelompok huruf yang disediakan.